Selamat Datang

PENGUMUMAN

Sukacita dimaklumkan pihak kami akan mengadakan kursus Sehari Kad Hijau CIDB pada setiap hari Sabtu yang akan diadakan di Pusat Latihan HR di Temerloh. Jika ada sebarang permintaan ke kawasan Tuan/Puan, kami akan ke sana. Syarat utama mengikuti kursus Kad Hijau ini ialah:

1. Peserta 40 orang / kelas

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi (borang, gambar terkini ukuran pasport, salinan I/C / pasport, sijil – sijil berkenaan, surat pengesahan kerja oleh majikan). Muatturun borang di http://www.cidb.gov.my/v6/?q=en/content/703

3. Bayaran RM50 / peserta (tanpa makan & sewa tempat)

4. Tidak pernah mengikuti kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan oleh CIDB dan NIOSH (SICW)

Untuk makluman, penyertaan kursus akan ditutup pada 7 hari bekerja sebelum kursus berkenaan dilaksanakan. Contoh sekiranya ingin mengikuti kursus pada Sabtu depan, tarikh tutup penyertaan pada hari Rabu minggu sebelumnya. Ini bertujuan untuk memproses borang dan mendaftarkan personel binaan ke pejabat CIDB berdekatan.

Sila hubungi 09-468 8984 / 86 atau hubungi Certified CIDB Trainer (Hafizal Ramli) 013-339 7732 untuk sebarang maklumat berkaitan kursus ini.

Sekian dimaklumkan.

This entry was posted in Selamat Datang. Bookmark the permalink.

Comments are closed.