Throw back… sebagai bekas pesakit kobit stage 4 delta variant :
.
11072021 – 20102021 : 3 bulan 9 hari : 100 hari
.
Bermula episod masuk ke pkrc kemudian pengsan kemudian masuk ke hospital. Pakai skop pakai nosel nose untuk pernafasan. Masuk ubat melalui tangan n setiap pagi diambil sample darah dari arteri n vena. adussssa…terbayang sungguh!!!
.
2 bulan awal adalah yang paling teruk masa fasa pemulihan. Merangkak, x daya bangun, hilang deria rasa n bau, hilang deria sensitiviti, x boleh tido selama 2 minggu, trauma, duduk berasingan rumah, jauh dari keluarga, x berjumpa anak isteri keluarga selama 2 bulan kerana menjalani terapi fizikal, terapi deria rasa, terapi kerohanian, menangis setiap hari n pujuk diri dengan kata kata keramat : HR wajib sihat…HR wajib kuat kuat kuat!!!
.
sebulan kemudian balik ke pangkuan keluarga. Terasa amat bahagia, semakin positif n mula n cuba melakukan kerja rutin namun menghadapi cabaran kesihatan yang ketara seperti lemah badan, mengah pernafasan, sangat cepat letih, tangan menggeletar, pelupa n semua pergerakan jadi lambat dek peparu yang telah luka akibat kuman kobit. Mujurlah HR bukan seorang perokok.
.
Kini : semakin hari semakin pulih n boleh lakukan tugas tugas yang x berat. Boleh memandu kereta n motor dah. Boleh masuk ke opis kembali n ke #DusunHR n lakukan perlahan lahan menggembur tanah dll. Doktor kabo pemulihan ambil masa minimum 3 bulan hingga setahun. Wajib jalani kehidupan sihat seperti jauhi dari asap rokok n pencemaran udara kerana peparu dalam proses nak baik semula luka luka dalam. Sabtu n ahad lepas dengan bantuan n sokongan semua pihak HR dah boleh fly semula. Itu terapi fizikal n mental. itupun x tinggi fly hanya 100 kaki sahaja walaupun ada kebenaran fly sehingga setinggi 1000 kaki. Masa tengah fly HR menangis n bersyukur sangat sangat.
.
Semua proses ini HR nukilkan dalam FB ini bermula tarikh entri 11072021. Bacalah n hayati perjalanan kisah ini. Sokongan isteri anak anak ibubapa adik beradik sedara mara rakan taulan amat amat membantu dalam proses pemulihan ini.
.
Sehingga kini HR masih menjalani terapi pernafasan 5-5-10 agar peparu cepat pulih . Cepat peparu pulih cepat dapat banyak oksigen n cepat otak jadi sihat n cargas.
.
HR wajib sihat!!!
HR wajib kuat!!!
.
Harta paling berharga di dunia ini :
Isteri, anak anak, ibubapa, adik beradik, sedara mara
.
Jalani kehidupan yang sihat.
.
Ambillah dos lengkap untuk keselamatan diri n orang sekeliling kita.
.
Kobit itu benar.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Nukilan sebuah perjalanan;
Hafizal Ramli
Rabu. 20102021. 8:20am
Covid Survivor Stage 4 Delta Variant
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228054129796843&id=1182175370
Download MobileApps / PlayStore
Carian Maklumat Dalam WebBlog HR
Jadual Latihan / Program
Categories
Aktiviti Bulanan
-
Recent Posts
- Kursus Kad Hijau – 23/11/2024
- Kursus 10 Mata CCD Shassic – 22/11/2024
- Kursus Kad Hijau (Program Pemutihan CLAB) Untuk Pekerja Warga Asing Pembinaan – 12/11/2024
- Kursus Kad Hijau – 09/11/2024
- Kursus Kad Hijau – 02/11/2024
- Kursus Kad Hijau – 26/10/2024
- Kursus 10 Mata CCD Online – Osha 25/10/2024
- Kursus Kad Hijau – 24/10/2024
- Kursus Kad Hijau – 19/10/2024
- Kursus Kad Hijau – 12/10/2024
Blogroll
Meta