Bismillah.
.
Usai solat asar HR terus bergegas ke #DusunHR. Dah lama x jenguk n nak recce apa berlaku. Lebih 4 bulan x jenguk sejak banjir besar awak tahun bersambung sakit kaki ATFL n ACL 2 bulan.
.
Ermm…hasil pemerhatian lewat petang tadi mendapati :
1. nampaknya rumput menjalar bermaharajalela. Tindakan : esok pagi pagi HR nak meracun keliling pagar luar n dalam seluas 2 ekar ni. HR memang dah siap siap bawa pump racun.
.
2. Pagar senget akibat rempuhan n tolakan air. Nampaknya ada hujan lebat sebelum ni hingga menghakis tanah. Tindakan : cari masa sesuai nak baiki pagar ni semula.
.
3. Kadar pertumbuhan kelapa x sekata di bahagian atas bukit n lembah. Atas bukit nampak bantut. lembah nampak agak subur. Tindakan : wajib kena gembur semula tanah, kemudian tabur DoloPLus. Yang ni kena pelan betul betul sebab ambil masa.
.
Bagus betul solar ni dah berjalan 24 jam selama setahun lebih tanpa gagal. Sistem pagar elektrik yang HR buat ni berjalan lancar tanpa gangguan monyet seribu. x nampak dah kesan masuk.
.
Nak tido awal sebab nak bangun awal pagi pagi n nak meracun awal nak kejar sebelum matahari terik.
.
HR siap siap beli ankle support 2 unit. Nak pakai kaki kiri n kanan. tang kanan kita double. Kena gagahkan jua. Sapa lagi nak buat. Cuma HRkena berhati hati melangkah n x lasak sangat. ye ke?
.
HR
Sabtu. 28052022. 6:01pm
.