– Kami menerima laporan syarikat kontraktor yang menerima faks dari pihak yang mengaku sebagai sebuah ‘agensi kerajaan’ bernama ‘Malaysia Marine Scince Academy’ yang menawarkan tender pembinaan kampus yang sebenarnya tidak wujud. Mereka mewakilkan Pengurusan Pakatan Ehsan sebagai pemungut bon berjumlah RM6,000 yang dijanjikan akan dipulangkan sekiranya projek gagal diperolehi yang akhirnya bon ini akan dilesapkan. Kami ingin memberi peringatan supaya tawaran ini tidak dilayan. Lain-lain nama yang pernah digunakan oleh mereka ialah ‘Malaysian Aerospace Training Academy’ (MATA), Akademi Kelapa Sawit, EU Trade Venture, Perunding Projek Teknologi Hijau, Lembaga Bangunan Hijau, Suruhanjaya Usahawan Berintegriti Malaysia dan Suruhanjaya Wanita & Masyarakat Penyayang Malaysia. Hubungi Bantuan CIDB di talian 03 4047 7009 untuk maklumat lanjut.
Nota: Terima kasih kepada yang memberi maklumat.
“Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan”