Lawatan ke Dusun HR setelah 4 bulan (banjir) Tarikh : 28/5/2022 ( Sabtu)

Bismillah.

.

Usai solat asar HR terus bergegas ke #DusunHR. Dah lama x jenguk n nak recce apa berlaku. Lebih 4 bulan x jenguk sejak banjir besar awak tahun bersambung sakit kaki ATFL n ACL 2 bulan.

.

Ermm…hasil pemerhatian lewat petang tadi mendapati :

1. nampaknya rumput menjalar bermaharajalela. Tindakan : esok pagi pagi HR nak meracun keliling pagar luar n dalam seluas 2 ekar ni. HR memang dah siap siap bawa pump racun.

.

2. Pagar senget akibat rempuhan n tolakan air. Nampaknya ada hujan lebat sebelum ni hingga menghakis tanah. Tindakan : cari masa sesuai nak baiki pagar ni semula.

.

3. Kadar pertumbuhan kelapa x sekata di bahagian atas bukit n lembah. Atas bukit nampak bantut. lembah nampak agak subur. Tindakan : wajib kena gembur semula tanah, kemudian tabur DoloPLus. Yang ni kena pelan betul betul sebab ambil masa.

.

Bagus betul solar ni dah berjalan 24 jam selama setahun lebih tanpa gagal. Sistem pagar elektrik yang HR buat ni berjalan lancar tanpa gangguan monyet seribu. x nampak dah kesan masuk.

.

Nak tido awal sebab nak bangun awal pagi pagi n nak meracun awal nak kejar sebelum matahari terik.

.

HR siap siap beli ankle support 2 unit. Nak pakai kaki kiri n kanan. tang kanan kita double. Kena gagahkan jua. Sapa lagi nak buat. Cuma HRkena berhati hati melangkah n x lasak sangat. ye ke?

.

HR

Sabtu. 28052022. 6:01pm

www.dusun.hr.com.my

.

#DusunHR

Posted in Dusun HR | Comments Off on Lawatan ke Dusun HR setelah 4 bulan (banjir) Tarikh : 28/5/2022 ( Sabtu)

Luka demi untuk kejayaan Dusun HR Tarikh: 23/3/2022

Luka agak dalam kat ibu jari kiri. Tersagat kat benda tajam. No hal bertahan sahaja sehingga hilang rasa denyut.

.

Rehat dari urusan #DusunHR jap sampai boleh luka ni kering n ada rasa.

.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Posted in Dusun HR | Comments Off on Luka demi untuk kejayaan Dusun HR Tarikh: 23/3/2022

Menyantuni dusun HR setelah 3 bulan selepas banjir Tarikh : 20/3/2022

Bismillah.

.

Kembali jenguk #DusunHR setelah hampir 3 bulan x masuk selepas banjir besar.

.

#Dusun HR perlu bermula semula. Pupuk semula.

.

Pagi ni HR ke #DusunHR menaiki motor sambil membawa pump racun.

.

HR racun keliling pagar luar n dalam. Pelan pelan kayuh.

.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

.

Hafizal Ramli

Ahad. 20032022. 12:05pm

www.dusun.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Menyantuni dusun HR setelah 3 bulan selepas banjir Tarikh : 20/3/2022

Kenderaan ke dusun HR akan berfungsi semula Tarikh: 18/3/2022

Akan berfungsi semula seperti ini di minggu depan.

.

www.dusun.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Kenderaan ke dusun HR akan berfungsi semula Tarikh: 18/3/2022

Harga daun limau purut dipasaran kini Tarikh : 13/3/2022

Daun Limau Purut RM28.90/kg.

.

Letak tarikh jap hari ni 13032022.

.

perhatian…perhatian…perhatian!!! lihat bebaik HR!!!

.

www.dusun.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Harga daun limau purut dipasaran kini Tarikh : 13/3/2022