Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR (Khamis. 28102021. 8:30pm)

Bismillah.
.
Selesai menanam 10 anak pokok musang king. korek semula lubang sedia ada tabur DoloPlus 2kg pastu racik racik tanah sekeliling 3 kaki n tabur lagi DoloPlus 2kg untuk nak jadikan tanah stabil pHnya.
.
Pelan pelan HR buat sebab terasa lagi mengah n cepat penat. Doakan agar cepatla baik peparu HR ni ya.
.
Last HR datang tempohari pada 10hb lalu. Sebelum balik tempohari HR tabur DoloPlus sekeling pokok petai n pokok matoa. Alhamdulillah bagus dah ada tunas baru. Suka HR tengok.
.
HR pun dah baiki n kukuhkan lagi di bahagian kera yang cuba nak masuk tapi x lepas. HR letak conduit elektrik n tebuk n masukkan wayar duri n kabel pagar elektrik supaya x bersentuhan lagi. Kita ikhtiar cari ni dulu n tengok akan datang HR bawa kabel buat zigzag di antara kabel pagar elektrik
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Khamis. 28102021. 8:30pm
www.dusun.hr.com.my
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228109225174193&id=1182175370

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10228109225174193&show_text=true&width=500

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR (Khamis. 28102021. 8:30pm)

Pelan Pemulihan #DusunHR (Khamis. 28102021. 09:51am)

Bismillah.
.
Sampai sampai aje tengok tengok indikator kat sistem solar menunjukkan merah. HR check kat situ dia kabo suruh check pagar.
.
HR pusing 2 ekar ni last last jumpa bahagian paling penjuru ada kesan kera nak masuk tapi x lepas. wayar pagar elektrik ni terlekat kat wayar pagar duri tu yang leaking arusnya. Selepas dibaiki baru pulih kembali kuasa n arus elektriknya. Inilah percubaan masuk hardcore oleh kera buat kali pertama sejak mei. Alhamdulillah x lepas. HR kena baiki kasi kukuh kat bahagian itu.
.
Ok nak tanam 10 anak pokok durian musang king kejap kat lembah durian. Hari semakin meninggi.

Hafizal Ramli
Khamis. 28102021. 09:51am
www.dusun.hr.com.my

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10228105631684358&show_text=true&width=500

Posted in Dusun HR | Comments Off on Pelan Pemulihan #DusunHR (Khamis. 28102021. 09:51am)

KURSUS CIDB : Kursus Kad Hijau Online (23/10/2021)

Program : KURSUS KAD HIJAU CIDB Online
Tarikh : 23 Oktober 2021
Hari : Sabtu (1 Hari)
Platform : Online Google Meet

Hubungi : 09.290.2433 @ 013.341.4988 @ 011.1942.4988

Posted in Galeri | Comments Off on KURSUS CIDB : Kursus Kad Hijau Online (23/10/2021)

JomFlyParamotor (Jumaat. 22102021. 10:27pm)

Bismillah.
.
Diberi amanah mewakili MSAF ke majlis perasmian Selangor Aviation Show 2021.
.
MSAF akan ada di sana pada 25 – 27 Nov 2021 di Subang Airport. Semua disiplin sukan udara akan dipamerkan di booth kami. Tuan puan nanti boleh bertanya n merasai n bergambar setiap disiplin sukan udara seperti paramotor, paragliding, parachute, drone dll
.
Nanti kita berjumpa di sana ya.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Vice President (Paramotor)
Malaysia Sports Aviation Federation
www.msaf.org.my
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228066591188370&id=1182175370

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10228066591188370&show_text=true&width=500

Posted in Malaysia Paramotor | Comments Off on JomFlyParamotor (Jumaat. 22102021. 10:27pm)

Throw back… bekas pesakit kobit stage 4 delta variant (Rabu. 20102021. 8:20am )

Throw back… sebagai bekas pesakit kobit stage 4 delta variant :
.
11072021 – 20102021 : 3 bulan 9 hari : 100 hari
.
Bermula episod masuk ke pkrc kemudian pengsan kemudian masuk ke hospital. Pakai skop pakai nosel nose untuk pernafasan. Masuk ubat melalui tangan n setiap pagi diambil sample darah dari arteri n vena. adussssa…terbayang sungguh!!!
.
2 bulan awal adalah yang paling teruk masa fasa pemulihan. Merangkak, x daya bangun, hilang deria rasa n bau, hilang deria sensitiviti, x boleh tido selama 2 minggu, trauma, duduk berasingan rumah, jauh dari keluarga, x berjumpa anak isteri keluarga selama 2 bulan kerana menjalani terapi fizikal, terapi deria rasa, terapi kerohanian, menangis setiap hari n pujuk diri dengan kata kata keramat : HR wajib sihat…HR wajib kuat kuat kuat!!!
.
sebulan kemudian balik ke pangkuan keluarga. Terasa amat bahagia, semakin positif n mula n cuba melakukan kerja rutin namun menghadapi cabaran kesihatan yang ketara seperti lemah badan, mengah pernafasan, sangat cepat letih, tangan menggeletar, pelupa n semua pergerakan jadi lambat dek peparu yang telah luka akibat kuman kobit. Mujurlah HR bukan seorang perokok.
.
Kini : semakin hari semakin pulih n boleh lakukan tugas tugas yang x berat. Boleh memandu kereta n motor dah. Boleh masuk ke opis kembali n ke #DusunHR n lakukan perlahan lahan menggembur tanah dll. Doktor kabo pemulihan ambil masa minimum 3 bulan hingga setahun. Wajib jalani kehidupan sihat seperti jauhi dari asap rokok n pencemaran udara kerana peparu dalam proses nak baik semula luka luka dalam. Sabtu n ahad lepas dengan bantuan n sokongan semua pihak HR dah boleh fly semula. Itu terapi fizikal n mental. itupun x tinggi fly hanya 100 kaki sahaja walaupun ada kebenaran fly sehingga setinggi 1000 kaki. Masa tengah fly HR menangis n bersyukur sangat sangat.
.
Semua proses ini HR nukilkan dalam FB ini bermula tarikh entri 11072021. Bacalah n hayati perjalanan kisah ini. Sokongan isteri anak anak ibubapa adik beradik sedara mara rakan taulan amat amat membantu dalam proses pemulihan ini.
.
Sehingga kini HR masih menjalani terapi pernafasan 5-5-10 agar peparu cepat pulih . Cepat peparu pulih cepat dapat banyak oksigen n cepat otak jadi sihat n cargas.
.
HR wajib sihat!!!
HR wajib kuat!!!
.
Harta paling berharga di dunia ini :
Isteri, anak anak, ibubapa, adik beradik, sedara mara
.
Jalani kehidupan yang sihat.
.
Ambillah dos lengkap untuk keselamatan diri n orang sekeliling kita.
.
Kobit itu benar.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Nukilan sebuah perjalanan;
Hafizal Ramli
Rabu. 20102021. 8:20am
Covid Survivor Stage 4 Delta Variant
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228054129796843&id=1182175370

https://www.facebook.com/plugins/video.php?height=476&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fvideos%2F460699948649216%2F&show_text=false&width=261&t=0

Posted in Malaysia Paramotor | Comments Off on Throw back… bekas pesakit kobit stage 4 delta variant (Rabu. 20102021. 8:20am )