Bismillah.Ahad. 12092021. 7:45am . Alhamdulillah hujan turun agaknya pagi tadi. x lebat namun basahla skit tanah dalam #DusunHR. Ada aksi drift tayar tadi dalam perjalanan masuk. . HR sampai awal 7:30am. target nak beri dulu PRS foliar vitamin untuk daun n lepas tu nak meracun seekar lagi belah atas bukit ni. . Kita sarap dulu. .
Bismillah. . Selesai target membaja DoloPlus semua pokok kelapa. . Selesai target membasahkan tanah n beri minum kat semua tanaman dalam #DusunHR Esok pagi sambung lagi. Bercadang nak meracun belah atas bukit plak. .
Bismillah.Sabtu. 11092021. 5:40pm . Sampai petang 5:40pm. Target petang ni nak sudahkan membaja DoloPlus kat pokok kelapa atas bukit. Kemudian nak beri minum kat semua tanaman dalam #DusunHR .
Bismillah.10092021.jumaat.10.30pm . Dah nak tido dah ni. HR nak catit skit aktiviti petang tadi. . HR sampai ke #DusunHR sekitar 3:30pm. Dah 2 minggu x jenguk. Target HR petang tadi buat 3 perkara iaitu : a) siram tanaman b) letak baja organik DoloPlus dalam 3 gengam kat setiap anak pokok kelapa c) tanam batang ubi, anak pokok kari, anak pokok nangka madu n anak daun kesum . Sebaik sahaja tiba HR terus alirkan air ke tanaman. Mujur ada air yang HR simpan tempohari terus guna tanpa guna enjin sedut air. Jimat masa dah kat situ. Sambil tu HR baiki semula bunga aliran air yang x lancar sebab tersumbat dek lama x guna sistem pengaliran. Kena check satu satu nanti. Musim panas sekarang ni. . Seterusnya HR tabur DoloPlus 3 genggam kat pokok kelapa. Selesai bahagian bawah. esok petang sambung bahagian atas plak. . Sempat sebelum balik cucuk batang ubi kat bahagian bibir kolam. Yang ni jenis nak makan pucuk ubi ja jenis yang xde isi. juga sempat tanam anak pokok nangka madu. Esok petang nak tanam anak pokok kari plak. . Memandangkan HR x boleh / x larat lagi nak angkat bebanan 50kg, maka HR pecahkan DoloPlus tu ke pek pek lebih kecil sekitar 5kg. HR guna plastik bekas beras 5kg baru boleh angkat. . Ok esok petang sambung cerita lagi. Proses terapi fizikal merangkap Pelan Pemulihan #DusunHR. .