Melawat dusun HR: Ambil tahu tentang keadaan terkini di dusun HR Tarikh : 20/2/2022 (Ahad)

Bismillah.

.

Lepas subuh pagi pagi HR ke #DusunHR. Dah lama x jenguk sejak kena banjir.

.

Pusing pusing ambil semangat semula. Kena pelan semula nak jadikan #DusunHR ni ikut perancangan. Jauh dah tersasar.

.

HR kena bawa balik ke atas landasan pelan perancangan #DusunHR ni.

.

Mana mana pokok yang telah tenggelam lebih 10 hari tu memang mati lemas. 25 anak pokok musing king hanya tinggal 2 pokok je yang hidup.

.

Kolam pecah menyebabkan anak ikan keli 10 ribu ekor keluar bebas. Kena fikir last projek akan buat sangkar. Yang ni sapa nak jadi partner projek ikan keli sangkar dalam kolam mengalir amat amat dialu alukan.

.

Semangat HR naik bila lihat pagar elektrik sistem solar berjalan 24 jam tanpa gagal sejak dipasang pada mei 2021 lepas. Hanya short sewaktu pagar terendam dek banjir. Mujur Ibu elektrik HR letak di tempat tinggi. Tiada babi n monyet n kerbau yang berjaya masuk setakat ini. Betul betul berkesan sistem pagar elektrik ni.

.

HR juga naik semangat bila terkenang susah payah HR nak jadikan #DusunHR seperti mana dilihat sekarang. Jalan dah cantik sampai pintu depan. kereta menjalar boleh masuk ke sini tanpa masalah dah. #DusunHR dah jadi tanah nombor satu gamaknya.

.

#HRBinaSemula2022

.

Hafizal Ramli

Ahad. 10022022. 9:30am

www.dusus.hr.com.my

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.