Bismillah.
.
Jenguk jap kolam kat #DusunHR. Selesai baiki bahagian air keluar.
.
Selesai menanam benih labu 15 lubang. setiap lubang HR letak 5 biji benih labu. Setiap lubang juga HR letak 1kg DoloPlus untuk treatment pH tanah. Semoga hidup n membesar dengan baik jadi pokok menjalar labu manis.
.
Betik hidup sebatang. sebatang lagi kena ketam ngan binatang agaknya. tinggal tangkai je tadi. xpe kita tanam lagi. sepokok betik.
.
Benih watermelon kuning dah bercambah. Jenis menjalar juga. alhamdulillah.
.
Benih pokok peria pahit juga bercambah. jenis pokok memanjat ni HR tanam sebelah pagar dalam. alhamdulillah.
.
Pokok ciku ada keluar buah sebiji. aikk… cepat plak keluar buah. Bersabarlah sayang.
.
Pokok petai semakin merimbun. alhamdulillah.
.
Semua tanaman dalam #DusunHR dapat zat dari DoloPlus. Bagus untuk meneutralkan tanah. Tanah bagus pokok membesar dengan sihat ditambah cukup air di musim hujan ni.
.
Bagus musim hujan ni semua benih tumbuh dengan baik
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Jumaat. 03122021. 6:30pm