Membersihkan sekeliling lembah kantan dalam Dusun HR Tarikh : 21/8/2022 (Ahad)

Bismillah.

.

Berhenti motong rumput tepat 12pm. 3 round minyak mesin rumput habis. Ada seekar lagi nanti HR potong rumput keliling pokok kelapa bila ada ada masa.

.

Gumbira betul di hati bila mana HR bersihkan sekeling lembah kantan dalam #DusunHR. 41 pokok kantan dari 50 anak pokok kantan yang HR tanam dulu hidup. 39 tumbuh subur. Dah bersihkan semak baru nampak. Selebihnya faktor tanah ada lambat skit tumbesaran pokok kantan..xpe HR akan tabur DoloPlus semula.

.

Juga gumbira lihat tumbesaran anak anak pokok kelapa. Bahagian bawah sebelah kolam ikan molek skit berbanding bahagian atas bukit. 2 faktor dikenalpasti ialah air n pH tanah. Nanti HR tabur keliling dengan DoloPlus n nak buat sistem perairan semula. Tengah mikir guna kaedah solar untuk mesin water pump nanti.

.

Gumbira juga lihat hidup gak sebatang nangka madu. Ingat dah mati lemas masa banjir awal tahun dulu. Selesai HR bersihkan semua nanti HR akan buat inventori semula pokok pokok mana yang tinggal n survive selepas tenggelam dek banjir lalu.

.

Nak balik dah. Sebelum balik nanti bercadang nak singgah jumpa Buna jiran tanah nun jauh ke dalam skit.

.

Hafizal Ramli

Ahad. 21082022. 12:15pm

www.dusun.hr.com.my

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.