Pemberian papan tanda Dusun HR dari Puan Rohana pegawai pertanian temerloh Tarikh : 4/8/2022 (Khamis)

Bismillah n alhamdulillah.

.

Terima kasih daun keladi Puan Rohana pegawai pertanian Temerloh yang menjaga kawasan Jenderak di atas pemberian papan tanda #DusunHR.

.

Ada naik skit semangat HR untuk lebih kerap nak luangkan masa kat sini.

.

Tadi sementara tunggu papan tanda ni dipacak HR sempat selesai meracun luar dalam pagar untuk nak elakkan rumput panjang kena wayar pagar elektrik. Nanti kang habis bateri kalau kena wayar.

.

Sedang mencongak nak sulam semula anak pokok durian, anak pokok kelapa dll yang mati tenggelam dek banjir tempohari.

.

Target HR untuk makan hasil tanaman kelapa SGG 2026, durian musang king tekka ioi n D24 tahun 2030, rambutan manggis langsat nangka madu ciku sukun dll 2028.

.

Kena tanam pastu jaga baja n air memolek.

.

Projek ternakan ikan HR hod dulu. pelan pelan kayuh semula.

.

Dusun HR

Khamis. 04082022. 12:35pm

www.dusun.hr.com.my

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.