Sulam 10 anak pokok kelapa dan menanam anak pokok betik,buah naga dan pokok mempelam di Dusun HR Tarikh : 25/8/2022 (Khamis)

Bismillah.

.

Usai asar n usai kerja kat opis HR cepat cepat ke #DusunHR.

.

Dari pagi pagi lagi HR dah susun kat treler 10 anak pokok kelapa nak sulam semula, tanam anak pokok betik kat area signboard, nak tanam 10 anak pokok buah naga n nak tanam 5 anak pokok mempelam kat area bawah sebelah area stor sementara.

.

Alhamdulillah sempat tanam pokok buah naga n pokok betik. Hujan agaknya lebat tadi masa HR sampai dah kembali rintik.

.

Kerja menggali jadi mudah n cepat sebab tanah lembut.

.

Selesai 6:30pm n HR pun balik. Esok plak HR bercadang nak sulam anak pokok kelapa lepas habis kerja.

.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

.

Hafizal Ramli

Khamis. 26082022. 10:30pm

www.dusun.hr.com.my

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.