Tanaman Dusun HR – Pelan Pemulihan #DusunHR (Ahad. 07112021. 08:01am)

Bismillah.
.
Sampai ke #DusunHR jam 7:30am tadi. Nak sarap dulu.
.
Nampak macam nak hujan, baguslah.
.
Hari ni target HR adalah HR nak tanam 25 rizom kantan yang baru sampai dipos dalam 2 kotak. HR nak nyulam mana yang rizom awal mati. Masa nanam dulu HR sakit kena kobit delta makanya HR x masuk #DusunHR selama 2 bulan n ketika tu panas xde hujan langsung. Daripada 50 pokok kantan yang ditanam separuh mati kering. Tu yang HR nak nyulam semula kat lembah kantan.
.
Dah habis nyulam nanti HR nak gemburkan tanah keliling pokok kelapa. Tadi check bawah stor tengok memang dah habis stock DoloPlus kat sini. xpe HR gembur dulu tanah keliling pokok kelapa nanti bila bila datang semula bawa DoloPlus n tabur keliling.
.
Musim hujan telah tiba. Tanah lembab n lembut. Masa yang amat baik untuk menanam dalam #DusunHR.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Ahad. 07112021. 8:01am
www.dusun.hr.com.my

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10228178696110923&show_text=true&width=500

May be an image of chow mein
No photo description available.
This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.