Bismillah.
.
HR sampai ke #DusunHR jam 8:00am. Nak lihat apa yang berlaku musim hujan x berhenti dah 2 malam.
.
HR lihat air semakin naik menghampiri permukaan jambatan masuk ke #DusunHR. Air mungkin akan surut skit petang ni.
.
Progress jalan crushrun pun seperti berjalan dengan baik. Mujurlah tinggi dari jalan lama, jika x tenggelam juga jalan ni.
.
HR lihat ada anak pokok kayu kering menghimpap pagar menyebabkan arus pagar elektrik jadi lemah. Wajib diuruskan terus.
.
HR lihat tempat air masuk n air keluar kolam. Memang air agak besar. Kita nilaikan nanti dari masa ke semasa.
.
Apa yang bagus musim hujan ni tanah basah n bagus untuk tanaman dalam #DusunHR. pastu HR lihat ikan haruan paya besar besar masuk dalam kolam ikut air. Biarkan dulu di situ.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Selasa. 23112021. 10:00am
www.dusun.hr.com.my






