Tanaman Kelapa Santan 24052021. Isnin. 3.30pm

Bismillah. 24052021. Isnin. 3.30pm.
.
Selesai pemasangan energizer untuk pagar elektrik. Terima kasih diucapkan kepada tokey besi tuan Ayie kerana buat perumah/sangkar untuk energizer tu kukuh, kemas, fit n bling bling. HR pakai stainless steel supaya x berkarat.
.
Nanti HR cerita lanjut berkenaan energizer @ ibu api pagar elektrik.
.
Semua barang besi kat #DusunHR ini adalah hasil tangan tuan ayie. Tiang pagar, pintu pagar n perumah energizer semua hasil tangan beliau. Berkualiti hasil tangannya. Sesapa nak order pagar n pintu pagar kebun, HR boleh beri no tel dia nanti ya. Anda deal sendiri ngan tuan ayie.
.
Step seterusnya membeli barang barang untuk pemasangan pagar elektrik iaitu : wayar 2.5mm , conduit n cooper rod 2 batang. Cukup dah tu. Tu la kelebihan jenis energizer yang HR beli. Set ni datang dah dengan built all in one. just plug n play je. xyah nak mikir barang berasingan seperti energizer (kapasiti output joules..?), solar panel, solar control, bateri, wayar, box simpanan untuk semua item tu. Pastu fening fening kepala nak pasang silap silap short circuit confirmed hilang waranti barang.
.
Sapa nak belajar step by step pemasangan pagar elektrik gaya HR study case: Dusun HR, bolehlah hubungi HR. Max 2 orang sahaja. Kita kongsi sama sama A to Z cara pemasangan jenis set ini. Nanti balik anda boleh buat sendiri pemasangan di dusun/kebun anda. Dah jimat besar.
.
Syarat:

  1. Jumpa kat #DusunHR paling lewat 8.30am. Sebab nak mula awal xde la matahari dah terpacak atas kepala. HR sampai kat #DusunHR pun kebiasaannya 730am.
  2. Pakai kasut kebun sendiri, topi kebun sendiri.
  3. Bersedia untuk menyangkul tanah untuk tanam conduit dari enegizer ke pagar.
  4. Bawa bekalan air minum sendiri.
    .
    Pengerasnya:
    Nasi lemak 2 bungkus + air milo 2 bungkus + buka gulungan paip hdpe dengan betul supaya x patah + tenaga tanpa dalih
    .
    Jangkaan Rabu pagi HR nak mula. Siap cepat balik cepat. HR nak stay lagi time tu.
    .
    www.dusun.hr.com.my

#DusunOrganikHR

#TanamanKelapaSantan

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.