Tanaman Kelapa Santan . 27052021. khamis. 12.05pm

Bismillah. 27052021. khamis. 12.05pm.
.
Selesai masukkan 100 benih kelapa sgg dalam trailer. HR letak dulu bawah garaj supaya x melecur panas sebab trailer tu kan besi. Dah petang nanti baru tutup trailer dengan kanvas. Bagi benih benih ni bernafas.
.
Ada dua benih kelapa istimewa mak ayah beri kat HR. patutnya mak ayah yang tanam kat #DusunHR namun x boleh rentas daerah. Xpe bila tiba masanya nanti sampailah mereka ke #DusunHR. HR wajib dapat restu n barakoh tangan mak ayah nanti. x kisah lah pokok apa nanti asalkan mak ayah tanam. Begitu juga patutnya ada yang ditanam oleh anak bini HR namun x boleh hadir sekereta sebab kobit. xpe lain hari ada peluang mereka menanam dengan tangan sendiri.
.
Statistik benih kelapa sgg : 5 kecundang x hidup. 2 bantut. 5 hilang diambil orang.
.
Ada spare benih kelapa untuk standby menyulam kot ada yang terjadi apa apa nanti. HR ada tanya nursery kalau tinggi 5 kaki camni benih sgg HR sekarang orang jual minimum rm50 sebatang. Dulu HR beli tinggi sekaki setengah rm20 beli bundle 150 biji. Itu pun lama booking baru dapat.
.
Inilah gunanya ada trailer untuk kegunaan #DusunHR. Sonang koje HR nak ngangkut apa apa barang. Nak pakai cangkuk je kat belakang kembara.
.
www.dusun.hr.com.my

#DusunOrganikHR

#TanamanKelapaSantan

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.