Bismillah.
.
Terus terang HR cakap memang symptom long covid ni beri kesan pada tubuh badan HR.
.
2 hari pagi sampai petang HR di #DusunHR. Selama dari ahad hingga isnin semalam, HR betul betul x larat nak mesin rumput. Bayangkan hanya setakat sekangkang kera tu pun HR berhenti banyak kali ambil nafas. Masih x fit lagi badan ni. Maka HR berhenti potong rumput n buat kerja kerja agak ringan dalam #DusunHR. Turun naik bukit betul betul menguji keupayaan kesihatan badan HR.
.
Lagipun…sapa lagi nak buatkan kalau bukan HR sendiri. Jadinya HR atur strategi n susun kerja. Apa nak buat dulu dll.
.
HR hanya boleh buat perlahan lahan potong rumput keliling 3 kaki kat anak pokok kelapa. Bahagian bawah dekat kolam langsung HR x sentuh. Rumput semakin menebal.
.
HR baiki semula tempat simpan alatan pertanian n baja. HR guna kaedah A guna atap edex terpakai. terasa berat namun HR gagahkan juga skit demi skit akhirnya jadilah binaan sesikat bentuk A. Asal boleh tutup dari kena air n matahari supaya barang x rosak pun dah memadai buat masa sekarang. Lama HR buat sesikat A ni. berat betoi atap edex sekarang. Masa susun seorang diri dulu relax je. itu dulu.
.
HR gemburkan balik tanah keliling pokok kelapa dapatlah gembur dalam 10 pokok. Terasa mengah stop sekejap pastu sambung lagi. cukuplah 10 pokok buat penaik semangat.
.
Di atas kerja yang HR buat hari ahad. Dibawah pula kerja yang HR buat hari Isnin.
.
8:30am HR mulakan dengan beri semula vitamin foliar PRS untuk anak anak kelapa n kantan. Kesian kat tanaman, masa HR sakit x dapat datang 7 minggu lalu musim panas xde hujan banyak pokok kelapa yang kekuningan sebab x dapat air. Kantan lagi la habis separuh mati kering sebab baru tanam. 2 hari ni hujan ada la skit lembap tanah di sini. Dapatlah HR satu pump 20 liter pusing 2 ekar ke setiap tanaman. Harap daun kelapa kembali hijau n pokok kembali sihat. Kita pupuk semula perlahan lahan ya.
.
Disebabkan x larat nak potong rumput semalam HR putuskan untuk buat kerja kerja meracun keliling pagar luar n depan. HR mula meracun 10am selepas berehat kejap dari beri baja foliar PRS. Perrghhh…HR punya semangat cakap buat perlahan lahan mesti boleh habis. Itu yang HR bisik dalam hati. Dalam tangisan HR meracun nak beri semangat kat minda n badan kata kita boleh buat. Alhamdulillah HR berjaya meracun keliling pagar luar n dalam seluas 2 ekar sampai ke petang. 9 tong pump racun 20 liter. Perlahan namun akhirnya siap juga.
.
Sepanjang proses ni masa HR berhenti rehat HR minum air gula n makan cloud nine. Sarapan nasi lemak / nasi goreng n makan thari HR beli siap siap. waktu rehat duduk baring bawah khemah. Jam 3pm HR sambung kerja sampai petang. Nak kejar masa.
.
Nampaknya HR kena fikirkan sesuai. HR namakan sebagai Pelan Pemulihan Dusun HR. Pelan ni ambil masa sehingga hujung tahun seiring dengan pemulihan kesihatan HR juga. Nantilah HR cerita lagi. HR kena sihatkan diri ini. Badan sihat baru sedap buat kerja.
.
Pelan Pemulihan Dusun HR.
.
Pelan Pemulihan Diri HR.
.
24 Julai – 24 Ogos : cukup sebulan keluar hospital.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal RamliSelasa. 24082021. 9:01am
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227729467720494&id=1182175370