Bismillah.
.
Cukup untuk hari ini aktiviti dalam #DusunHR . Banyak kalori terbakar pantas.
.
Kiri kanan rumput dah mula menguning kesan racun pada jumaat n ahad lalu.
.
Tanam 5 pokok manggis masta. rm50 sepokok tingginya 4 kaki. Jenis ni HR beli yang asal biji x kawin. Jenis kawin pokok x banyak buah tapi cepat berbuah n pokoknya rendah. HR nak jenis pokok banyak buah. Tunggu 3 tahun xde masalah. Sekarang harga manggis biasa rm2.5 sekilo manakala manggis masta rm6 sekilo.
.
Tanam 2 pokok petai. rm35 sepokok tingginya 2 kaki. Sekarang boleh tahan harga sepapan petai. x tahu akan datang berapa harganya nanti. Juga HR bolehlah belajar makan petai mentah plak. Setakat ni hanya boleh makan petai yang dah dimasak seperti sambal petai.
.
Akan datang HR akan letak penghadang matahari terik waktu petang. X larat terik tadi. Lain kali kita sambung lagi.
.
Semua pokok HR letak 2 kg DoloPlus dalam lubang n baru letak pokok. Kambus n letak lagi sekeliling pokok 1 kg. HR gembur tanah sekeliling anak pokok 2 kaki kasi mudah akar bergerak. Biar pH tanah jadi 5.5 ke 7.0 cepat senang akar bergerak.
.
Gantikan tayar kereta sorong yang dah kempis dengan tayar mati. Semoga bertahan tayar kuning ni ya.
.
Thari berehat bawah pokok buluh madu sebelah sempadan tanah sambil menikmati nasi + ikan sungai goreng + kicap cili perah limau + air anggur kordial. Sedap isteri HR masak. Licin terus.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Selasa. 21092021. 4:00pm
www.dusun.hr.com.my
Download MobileApps / PlayStore
Carian Maklumat Dalam WebBlog HR
Jadual Latihan / Program
February 2023 M T W T F S S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 Categories
Aktiviti Bulanan
-
Recent Posts
- Kursus Kad Hijau Online 04/02/2023
- Taklimat Xpress Integriti & SKP Bisnes (Online) 28012023
- Kursus Kad Hijau Online – 28/01/2023
- KURSUS CCD PSM ONLINE – 27/01/2023
- Kursus Kad Hijau Online 21012023
- Kursus Kad Hijau Online 14012023
- Taklimat Xpress Integriti & SKP Bisnes (Online) 05012023
- Jemputan ke Kursus Pengurusan Sumber Manusia Untuk Syarikat Kontraktor (Online Google Meet) 27 Jan 2023
- Taklimat Khas (Bersemuka) 2 Jam – Integriti & SKP bisnes
- Berikut adalah jadual kursus (online) kad hijau & CCD CIDB Januari 2023 :
Blogroll
Meta