Pengisytiharkan segala maklumat berkaitan projek pembinaan melalui Portal CIDB (http://cims.cidb.gov.my).

Adalah dimaklumkan mulai 4hb Mei 2020, semua kontraktor WAJIB mengisytiharkan segala maklumat berkaitan projek pembinaan melalui Portal CIDB (http://cims.cidb.gov.my).

Sehubungan dengan itu, segala peruntukan, obligasi dan tanggungjawab kontraktor kepada pematuhan Akta 520 dan undang-undang bertulis yang lain adalah terpakai.

Selaras dengan SOP baharu Sektor Pembinaan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), kontraktor wajib memastikan semua pekerja menjalani ujian makmal COVID-19 sebelum dibenarkan memulakan kerja. Ini untuk membendung penularan wabak berlaku di tapak bina khususnya di lokasi penempatan pekerja.

Pihak kontraktor adalah sekali lagi diingatkan agar tidak mengingkari mana-mana arahan sebagaimana diperintahkan. Tindakan sewajarnya boleh dikenakan termasuklah tindakan ke atas pendaftaran kontraktor seperti gantung atau batal atau disenaraihitam atau penalti.

Arahan ini adalah terpakai kepada semua kontraktor termasuklah yang telah mendapat kebenaran beroperasi sebelum ini (dalam tempoh PKP1 hingga PKP4).

Sila abaikan hebahan yang terdahulu bertarikh 30 April 2020.

PELAKSANAAN INI BERKUATKUASA SERTA MERTA. Sekian.

CIDB Malaysia4 Mei 2020

http://www.cidb.gov.my/index.php/my/media/pengumuman/1159-pengumuman-waktu-operasi-kaunter-cidb

This entry was posted in Jadual Kursus CIDB Terkini. Bookmark the permalink.