JomFlyParamotor (Khamis. 251121. 09:30pm)

Bismillah.
.
Update aktiviti hari pertama booth MSAF di Selangor Aviation Show 2021 (SAS):
.

  1. Setelah berbulan bulan membuat persediaan, inilah harinya berlangsung SAS. Semalam para ajk MSAF setting booth dari pagi sampai malam.
  2. Hari ni pecahan tugas para ajk MSAF. Ada yang jaga booth, ada yang melayan tetamu berkunjung ke booth MSAF. Kami pengurusan tertinggi MSAF masuk ke majlis perasmian SAS.
  3. Booth MSAF berjaya menarik ramai tetamu. Ada yang mencuba naik n bergambar kenangan dengan trike paramotor, hardness paragliding, 3D paramotor, drone racing, bertanya berkaitan propeller dengan tuan Mujib Ahmad Abdul Rashid , membeli mug eksklusif MSAF dll.
  4. Para tetamu boleh mendekati pesawat n helikopter n bergambar kenangan.
  5. Akhir masa sesi business matching kami gembira di atas kesudian Menteri Besar Selangor kerana sudi datang n bergambar dengan kami di booth MSAF. Presiden MSAF Tuan Haqimy menyantuni MB. Kami berbangga menyatakan bahawa propeller n trike yang dipamerkan adalah buatan tempatan. Propeller made in Selangor manakala set trike made in Temerloh Pahang.
  6. Mug eksklusif MSAF dibuka untuk jualan. RM25 sebiji. Hanya ada 100 biji sahaja. Boleh booking n buat bayaran kat ajk MSAF.
    .
    Ok nak rehat. Esok sambung lagi. Ada talk oleh CAAM. Wajib masuk talk tu esok pagi.
    .
    Boleh lihat gambar untuk hari ni. sekian laporan aktiviti di booth MSAF hari ini. Apa yang penting : kerjasama.
    .
    Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
    .
    Hafizal Ramli
    Timbalan Presiden
    Persekutuan Sukan Udara Malaysia
    www.msaf.org.my
    Khamis. 25112021. 9:30pm
    .
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228296203088524&id=1182175370

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10228296203088524&show_text=true&width=500

This entry was posted in Malaysia Paramotor. Bookmark the permalink.