Sejarah Tercipta – Pesawat Ringan HR Berjaya Diterbangkan

Alhamdulillah hari ini 25 Mei 2025 terlakar sejarah Malaysia buat pertama kalinya pesawat ringan HR berjaya diterbangkan petang tadi. Test pilot oleh HR sendiri.
.
Proudly Made In Malaysia : Pesawat Ringan HR
.
Terima kasih kepada Tuan Tuan yang menyaksikan detik bersejarah tadi : Capt Coach Tuan Alias, Jurutera Mekanikal Enjin Pesawat Ringan Tuan Capt Amran, Tuan Capt Baharum, Tuan Capt Cg Din, Tuan Capt Adib.

Dengan ini situ tunning enjin penuh sabar, Tuan Capt Amran berjaya membuktikan bahawa inovasi HR paramotor engine mampu menjadi nadi utama enjin pesawat ringan HR. Skit lagi tunning untuk kestabilan long distance flight.
.
Test flight petang tadi, HR menguji kestabilan badan pesawat ringan dan keupayaan enjin dengan melakukan disiplin low pass 100 meter dan corner baring pada altitude yang ingin diuji. Alhamdulilah pass dengan kepujian.
.
Nak beli pesawat ringan tak mampu, harga jika masuk Malaysia lebih RM50k, maka HR buat sendiri.
.
Kita buat sendiri badan pesawat ringan dan enjin, manakala propeller dari Tuan Capt Mujib. Semuanya Made In Malaysia. Senang dibeli dan senang diselenggara dalam negara.
.
Dengan adanya pesawat ringan HR ni boleh buat macam macam : jadi kenderaan pergi balik kerja, jadi penyelamat bantuan di udara (drop makanan dan pencarian orang hilang), iklan udara bergerak, jentera siraman baja untuk pertanian dll lagi.

Nanti HR akan update lagi. Tengah senyum lebar nih. Sebab impian darjah 3 HR tercapai.
.
Proses daftar hakcipta dengan MyIPO juga sedang berjalan.
.
Nak belajar terbang macam HR? boleh hubungi Akademi Penerbangan Paramotor Malaysia . Sebut nama HR ja nanti akademi tau yang Tuan Puan nak terbang macam HR
.
Ts Capt HR
Teknologi Eroangkasa MBOT
www.JomFlyParamotor.com

This entry was posted in Malaysia Paramotor. Bookmark the permalink.