Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR (Jumaat. 24092021. 11:00am)

Bismillah.
.
Selesai beri minum tanaman dalam #DusunHR
.
Selesai jirus 2 baldi air setiap 5 pokok manggis n 2 pokok petai. HR lihat ada sedikit perubahan pada daun. Kena cepat cepat letak pelindung matahari memandangkan pokok pokok ini baru ditanam 4 hari lalu. Baru tanam akar x jalan lagi.
.
Dah turunkan 2 guni x 50kg DoloPlus dari treler n kayu pelet. Pelan pelan kayuh angkat guni tu nak tabur masa gembur tanah nanti.
.
Rumput semakin menguning hasil meracun ahad lepas. Jangkaan awal okt ni akan mesin rumput plak. biar rumput tu x tebal sangat mudah nak potong nanti.
.
Dah penuhkan kembali 600 gelen tangki. Mudah skit bila datang terus buka pili paip nanti.
.
Bil air pertama x sampai lagi. HR tunggu bil pertama ni sebab nak apply meter TNB plak. Ambil gambar nombor tiang terdekat kat #DusunHR untuk print n submit masa nak mohon meter TNB nanti.
.
Ok selesai semuanya n nak ke bengkel kereta plak nak baiki longshaft kembara dah berbunyi x sedap nak bawak.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal
.
Hafizal Ramli
Jumaat. 24092021. 11:00am
www.dusun.hr.com.my
.
https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10227912222209242&show_text=true&width=500

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR (Jumaat. 24092021. 11:00am)

Peralihan Fasa ke 4 pada 8 Oktober 2021 Negeri Pahang

Assalamualaikum n Salam Sejahtera,
.
Dimaklumkan pihak kami telah mendapat kebenaran melaksanakan kursus secara bersemuka berdasarkan perkembangan peralihan Fasa ke 4 pada 8 Oktober 2021 Negeri Pahang.
.
Pejabat kami juga turut kembali beroperasi secara fizikal dari Isnin – Sabtu jam 8:30am – 5:30pm. Mohon pastikan kepada sesiapa yang ingin berurusan di pejabat HR Skill Training & Consultancy Sdn Bhd agar sentiasa mematuhi keselamatan & kesihatan secara kendiri.
.
Kini kami telah bersedia untuk melaksanakan kursus kad hijau di tapak bina / organisasi anda mengikut SOP yang telah ditetapkan.
.
Berikut adalah jadual kursus bersemuka n kursus online pada Oktober 2021 :
.
Kursus : Kad Hijau SICW Oktober 2021 – Kelas Bersemuka
Tarikh : 22/10/2021 (Jumaat)
Tempat : Pusat Latihan HR (Temerloh)
Tarikh akhir daftar & bayaran : 18/10/2021 (Isnin)
Bayaran : RM75.00 (Bayaran dalam system https://cims.cidb.gov.my/)
.
Kursus : Kad Hijau SICW Oktober 2021 – Kelas Online (Google Meet)
Tarikh : 23/10/2021 (Sabtu)
Tarikh akhir daftar & bayaran : 19/10/2021 (Selasa)
Bayaran : RM50.00 (Bayaran dalam system https://cims.cidb.gov.my/)
.
Kursus : Kad Hijau SICW Oktober 2021 – Kelas Bersemuka
Tarikh : 29/10/2021 (Jumaat)
Tempat : Pusat Latihan HR (Temerloh)
Tarikh akhir daftar & bayaran : 25/10/2021 (Isnin)
Bayaran : RM75.00 (Bayaran dalam system https://cims.cidb.gov.my/)
.
Kursus : Kad Hijau SICW Oktober 2021 – Kelas Online (Google Meet)
Tarikh : 30/10/2021 (Sabtu)
Tarikh akhir daftar & bayaran : 26/10/2021 (Selasa)
Bayaran : RM50.00 (Bayaran dalam system https://cims.cidb.gov.my/)
.
Kursus : Asas Pertolongan Cemas Di Tapak Bina – Kelas Online (Google Meet)
Tarikh : 13/10/2021 (Rabu)
CCD : 10
Bayaran : RM180.00
.
Kursus : Pengenalan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) Untuk Syarikat Kotraktor – Kelas Bersemuka
Tarikh : 14/10/2021 (Khamis)
Tempat : Pusat Latihan HR (Temerloh)
CCD : 10
Bayaran : RM200.00
.
Kursus : Pengurusan Kawalan Mutu Kerja Dalam Sektor Pembinaan – Kelas Bersemuka
Tarikh : 15/10/2021 (Jumaat)
Tempat : Pusat Latihan HR (Temerloh)
CCD : 10
Bayaran : RM200.00
.
Sebarang pertanyaan hubungi / whatsapp kami :
01119424988 :
www.wasap.my/601119424988/DaftarKursusOktober2021
0133414988 :
www.wasap.my/60133414988/Pertanyaan_HR
.
Perhatian :
Pembayaran yuran kursus / perkhidmatan hanya bank in ke dalam akaun Maybank rasmi syarikat HR Skill Training & Consultancy Sdn Bhd. Selain daripada itu adalah palsu dan mohon maklumkan terus ke 0133397732 (beserta bukti arahan n nombor akaun palsu berkenaan untuk rujukan n tindakan selanjutnya). Sebaik sahaja pembayaran disahkan masuk ke dalam akaun syarikat resit rasmi akan dikeluarkan.
.
Join group Whatsapp untuk mendapatkan info berkenaan kursus ccd / pengkhususan / kad hijau di: https://chat.whatsapp.com/3HGCthSMzs4G5aE2VnISDP
.
Sekian untuk makluman.
.
HR Skill Training & Consultancy Sdn Bhd
Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor CIDB Malaysia
www.hr.com.my

Posted in Galeri, Jadual Kursus CIDB Terkini | Comments Off on Peralihan Fasa ke 4 pada 8 Oktober 2021 Negeri Pahang

Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR

Bismillah.
.
Sampai ke #DusunHR jam 10:30am.
.
Hafizal Ramli
Jumaat. 24092021. 10:30am
www.dusun.hr.com.my

https://www.facebook.com/plugins/video.php?height=314&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fvideos%2F581736769841192%2F&show_text=false&width=560&t=0

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR

Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR

Bismillah.
.
Cukup untuk hari ini aktiviti dalam #DusunHR . Banyak kalori terbakar pantas.
.
Kiri kanan rumput dah mula menguning kesan racun pada jumaat n ahad lalu.
.
Tanam 5 pokok manggis masta. rm50 sepokok tingginya 4 kaki. Jenis ni HR beli yang asal biji x kawin. Jenis kawin pokok x banyak buah tapi cepat berbuah n pokoknya rendah. HR nak jenis pokok banyak buah. Tunggu 3 tahun xde masalah. Sekarang harga manggis biasa rm2.5 sekilo manakala manggis masta rm6 sekilo.
.
Tanam 2 pokok petai. rm35 sepokok tingginya 2 kaki. Sekarang boleh tahan harga sepapan petai. x tahu akan datang berapa harganya nanti. Juga HR bolehlah belajar makan petai mentah plak. Setakat ni hanya boleh makan petai yang dah dimasak seperti sambal petai.
.
Akan datang HR akan letak penghadang matahari terik waktu petang. X larat terik tadi. Lain kali kita sambung lagi.
.
Semua pokok HR letak 2 kg DoloPlus dalam lubang n baru letak pokok. Kambus n letak lagi sekeliling pokok 1 kg. HR gembur tanah sekeliling anak pokok 2 kaki kasi mudah akar bergerak. Biar pH tanah jadi 5.5 ke 7.0 cepat senang akar bergerak.
.
Gantikan tayar kereta sorong yang dah kempis dengan tayar mati. Semoga bertahan tayar kuning ni ya.
.
Thari berehat bawah pokok buluh madu sebelah sempadan tanah sambil menikmati nasi + ikan sungai goreng + kicap cili perah limau + air anggur kordial. Sedap isteri HR masak. Licin terus.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Selasa. 21092021. 4:00pm
www.dusun.hr.com.my

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10227895073380532&show_text=true&width=500

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR

Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR

Bismillah.
.
Sampai ke #DusunHR jam 9:45am.
.
Hafizal Ramli
Selasa. 21092021. 9:45am
www.dusun.hr.com.my

https://www.facebook.com/plugins/video.php?height=314&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fvideos%2F1204595763382484%2F&show_text=false&width=560&t=0

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR