Bismillah.
.
Sepetang di #DusunHR.
.
Membaiki tempat pecah kolam dek banjir tempohari. Letak pagar elektrik kuatir babi n monyet jumpa jalan masuk melalui lubang tu. Besarnya selebar 7 kaki n setinggi 4 kaki. Terhakis dek banjir. Dapat power 5.7 dengan kekuatan 3 joule ok sangat dah. kalau kena ngan babi n monyet pasti menyesal. Kita ikhtiar cara ini. Letak dulu untuk sementara pagar elektrik dalam lubang tu.
.
Selesai letak pagar elektrik dalam lubang tu terus baiki kain nett agar kembali rapat. HR ikat ngan cable tie.
.
Aktiviti ini juga adalah terapi minda HR. Monoloq HR petang ni :
.
#DusunHR ni HR bangunkan dengan kudrat sensorang. Bisnes HR juga begitu. Semua dulu HR mula dengan sensorang nak bangunkan apa yang ada sekarang. Orang yang kenal HR tahu HR ni workaholic orangnya.
.
Kekuatan dalaman HR untuk kental dalam dunia bisnez ni adalah dari doa mak ayah isteri anak anak. Dulu HR ada doa mustajab dari arwan wan chemomoi. Masih terngiang-ngiang kat telinga HR ni bila kami bercerita pasal kerja HR. Berborak tepi beranda rumah ngan arwah atok juga. Pesan arwah wan kerja biar jujur, amanah, bertanggungjawab n ikhlas. Gaji yang diperoleh biar betul betul bersih n halal buat makan anak bini.
.
Terfikir juga betul apa orang orangan kata : orangan hanya tau n nampak dengan bijik mata dia apa yang ada sekarang , tapi orangan x tau kisah mula susah senang nak dapat apa yang ada sekarang. Sekarang umpama HR bangunkan #DusunHR dari mula sampai sekarang camtulah HR bangunkan bisnes HR ni. Lihat n baca setiap entri berkenaan #DusunHR semoga orangan tahu setiap yang berlaku tu ada cabarannya.
.
Lagi satu berkenaan hal pinjam meminjam duit. Dulu dulu HR beri pinjam tanpa syarat berpegang janji mulut manis bahawa akan dibayar balik sekian sekian sekian tempohnya. Namun sehingga kini bertahun sepi. Apabila tiba keadaan yang memerlukan perbelanjaan luar jangka HR contact balik orangan orangan ni cakap nak balik duit HR yang dipinjamkan tu beribu macam alasan yang x sepatutnya. Maka mulai saat ni HR berikrar akan melihat balik hal nak beri pinjam duit ni sedalam dalamnya. Bukan kedekut namun HR telah belajar dari pengalaman ini.
.
Isteri tercinta HR yang paling tahu tentang diri HR. ‘Power of sense’ isteri x boleh dinafikan. Dia tahu apa yang HR sedang hadapi saat ini.
.
Fokus fokus fokus!!! HR nak bagi semangat kat diri ni….#HRBinaSemula2022
.
Alhamdulillah’ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Selasa. 11012022. 6:45pm