UNTUK MAKLUMAN

KONTRAKTOR DIMINTA JANGAN TERTIPU DENGAN INDIVIDU MENYAMAR AGEN CIDB.

Para kontraktor dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan penipuan individu atau kumpulan tertentu yang menyamar sebagai pegawai atau agen daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang kononnya boleh mempercepatkan dan meluluskan proses pendaftaran berkaitan kerja pembinaan. Individu terbabit akan memberikan janji-janji manis untuk memproses pendaftaran dengan cepat dan mengenakan sejumlah wang yang tidak masuk akal. CIDB telah menerima banyak laporan daripada kontraktor yang tidak berpuas hati kerana menunggu lama untuk mengetahui status pendaftaran mereka walaupun telah mengeluarkan wang antara RM 10,000 hingga RM 50,000 bagi bayaran proses pendaftaran.

CIDB tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menjadi perantara dalam proses pendaftaran pembinaan. Semua pendaftaran tidak akan mengambil masa yang lama jika ianya lengkap disertakan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan. Standard prosedur kerja bagi semua pendaftaran ini seharusnya tidak melebihi dari tempoh 14 hari dan bayaran yang dikenakan serendah RM 25 sehingga maksimum RM 5,000 bergantung kepada urusan pendaftaran.

Orang ramai di nasihatkan agar segera melaporkan kegiatan ini kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika pernah mengalami kes-kes sedemikian bagi membendung gejala yang tidak bermoral ini.

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika TIDAK melakukan perkara yang betul”

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *