Sesi menyantuni mangsa banjir di kawasan Chegar Medang Bentong Tarikh : 21/12/21

Bismillah.

.

Seharian HR di rumah Paklong. Rumahnya di kawasan Chegar Medang Bentong ni tenggelam air lebih dari bumbung. Senang cerita masa banjir tu nampak bumbung je. Semua kawasan perumahan di sini status total lost termasuk kenderaan. Semuanya tenggelam habis.

.

Lumpur usah ceritalah tebalnya. Sewaktu HR sampai HR awal awal nampak syiling kat dapur tu macam berat n Paklong n Maklong sedang membersihkan lumpur dibawahnya. HR cakap bahaya ni. HR minta kayu ke apa ke Paklong bagi skop. HR hentak je gugur syiling syiling tu dengan lumpur n air lumpur. Mujurlah kami xde apa apa.

.

Elektrik masih xde n air paip amat kecil. Nak basuh rumah nampak mustahil dengan aliran begitu.

.

HR cari barang waterPump berenjin sampai raub. Beli terus bawak semula ke rumah Paklong. Dah ada waterpump berenjin ni baru mudah skit nak bersihkan lumpur dalam rumah.

.

HR bersihkan dulu DB box n beberapa plug. Nanti dah kering senanglah TNB nak nilaikan samada boleh on atau x elektrik kat rumah ni.

.

Takat tu je yang HR boleh tolong.

.

Berkenaan di Temerloh plak, semua staff HR bersama keluarga masing masing selamat dipindahkan ke pusat penempatan sementara banjir. Maaf HR x dapat jenguk korang sebab keadaan air masih trend menaik n x lepas ke sana.

.

Kolam dalam #DusunHR semakin melebar. pecah dek hakisan air. Sabar je lah. Dah reda reda n boleh akses masuk baru HR jenguk.

.

Semua petrol 95 n 97 kat Raub n Bentong dah habis. Lori minyak x sampai sebab x lepas dek banjir.

.

Bersabar sahaja.

.

La haula wala quata’illa billah.

.

Hafizal Ramli

Selasa. 21122021. 7:35pm

Banjir awal tahun n banjir akhir tahun 2021.

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.