Situasi perkembangan terkini di dusun HR Tarikh : 29/12/21

Bismillah.

.

Dah 5 hari HR x tulis FB.

.

Pagi tadi HR berjaya masuk ke #DusunHR.

.

Kesan air tinggi kat pokok sepanjang perjalanan masuk. Memang tinggi air banjir ni. x kurang 7 kaki tingginya. tenggelam terus kolam kolam dalam #DusunHR.

.

Sesampai je kat #DusunHR, HR terus menilai kerosakan akibat bencana banjir ni. Apa yang HR dapati :

– 10 batang pagar tercabut, beralih dek hakisan n daya tujahan banjir. HR tegakkan n topang untuk sementara dulu nak elak dimasuki kerbau n babi n monyet.

– kawat duri n kabel elektrik putus. HR sambung sementara mana yang boleh dulu. HR juga offkan dulu ibu elektrik supaya boleh di charge oleh matahari semula.

– kolam pecah n jadi longkang sebesar n selebar 8 kaki. Penyebab air melimpah n anak anak ikan hilang. Yang ni HR perhatikan sahaja dulu. Harap babi n monyet x masuk ikut lubang ni.

– jalan dalam #DusunHR yang ada batu crushrun telah terhakis. boleh tahan juga alur hakisan.

– 20 rizom kantan mati terendam.

– 50 anak pokok cili mati terendam.

– 2 anak pokok matoa mati terendam.

– 2 anak pokok tarap hilang tanpa dikesan.

– 1 anak pokok nangka madu mati terendam.

– pokok labu yang baru ditanam hilang tanpa dikesan.

– tanaman daun kesum mati terendam n berlumpur.

– 26 pokok kelapa terendam n diselaputi lumpur. Kena bersihkan cepat cepat ni agar pokok pokok kelapa boleh bernafas semula.

.

Selesai melihat situasi HR terus menghubungi pejabat pertanian daerah. Setelah bertelefon, ada step isi borang bencana. HR terus ke pejabat pertanian n pejabat perikanan untuk nak dapatkan info berkaitan bantuan bencana.

.

Tadi berita kabo akan hujan semula jumaat ni. Ramalan kajicuaca.

.

Tu je lah HR nak kabo. Bagi masa HR bertenang dulu ya.

.

Pelan pelan kayuh. #DusunHR akan bangkit semula.

.

La haula wala quata’illa billah.

.

Hafizal Ramli

29122021. Rabu. 8:30pm

www.dusun.hr.com.my

.

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.