Tanaman Kelapa Santan 05062021. Sabtu. 6.45pm

Lockdown PKP 3.0 : HR Alone. Day 7.
Bismillah. 05062021. Sabtu. 6.45pm.
.
Selesai seharian membaiki kedudukan benih kelapa SGG. Ok cukup untuk hari ni.
.
Cukup juga dua kali diperbaiki kedudukan kelapa SGG HR ni. x mau buat dah kali ke tiga. Maka untuk mengelakkan berlaku pergerakan akibat hujan akan datang HR gunakan kaedah tapak kaki gajah berpandu.
.
Kaedah ini menggunakanpakai pemberat yang yang HR letakkan di atas benih.
.
Tujuan kaedah tapak kaki gajah berpandu ini ialah:

  • nak mengekalkan kedudukan sudut kecondongan 45 – 50 yang HR nak dengan letak pemberat yang sesuai supaya benih x bergerak.
  • Benih x bergerak boleh mempercepatkan proses pertumbuhan akar rerambut. Kalau bergerak nanti akar rerambut akan luka n lambat tumbesaran benih.
  • kecondongan benih tu boleh buat akar membesar n kuat. tu yang dipanggil istilah tapak kaki gajah. Semua yang tanam kelapa tau hal ni.
  • condong ke arah timur sebab matahari terbit dari arah sana. waktu panas bervitamin berzat dari terbit matahari sampai sekitar max 10am.
  • benih kelapa akan tegak sendiri menunjukkan perkembangan tumbesaran yang sihat.
  • condong nanti kelapa berbuah rendang.
  • nak jadikan tapak kaki gajah yang besar tanam kelapa separuh terbenam, gembur tanah saiz keliling dua kaki n tanam condong.

www.dusun.hr.com.my.

#DusunOrganikHR

#TanamanKelapaSantan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227156145227790&id=1182175370

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.