Bismillah. 16082021. Isnin. 5.01pm.
Terapi fizikal n terapi minda :
.
Dari malam semalam HR fikir fikir fikir akhirnya sampai juga HR ke #DusunHR jam 10am. .6 minggu HR x kemari. Last 11 Julai baiki pagar dulu.
.
Sebaik sahaja HR sampai HR terus terduduk n tanamkan kat minda ni supaya jadi positif pemikirannya. Nampaknya HR kena bermula semula.
.
Dikhabarkan dah lebih sebulan kawasan di #DusunHR x berhujan. Maka tanaman dalam #DusunHR terkesan. Almaklumlah baru tanam pada jun yang lalu. Akar pun tarak lagi. Kebiasaannya HR akan siram seminggu minimum 2 kali. Namun lebih sebulan x minum (x hujan). Mati keringlah tanaman HR.
.
Hasil pemerhatian HR, kesan x jenguk selama 6 minggu (musim panas berdengung sekarang agaknya) :
1. x kurang 10 kelapa pertumbuhannya x bagus n wajib diganti. Yang lain 78 pokok kelapa wajib letak DoloPlus n PRS vitamin sembur.
2. 26 benih kantan mati kering. Hanya 24 bertunas. HR tanam tempohari 50 benih kantan.
3. 1 benih buluh lemang ( buluh telur) mati kering. 1 lagi x dapat tengok sebab lalang tebal. Harap selamatlah.
4. anak pokok asam gelugor mati kering.
5. anak pokok daun seliuh mati kering.
6. 2 pokok terung segan segan nak hidup. wajib diselamatkan.
7. 1 pokok cili segan segan nak hidup. Wajib diselamatkan.8. tumbesar 4 rumpun serai terbantut. wajib diselamatkan.
9. Agaknya ada hujan lebat sekali awal julai lalu menyebabkan wayar elektrik untuk cegah babi n monyet masuk melalui alur air tu terputus n x boleh digunakan lagi. wajib baiki terus agar babi n monyet x masuk dalam #DusunHR melalui alur air tu.
10. Sistem pagar elektrik lemah disebabkan lalang n pokok menyalar namanya pokok leletup telah touching n membelit wayar elektrik bahagian bawah. arus jadi bocor n bateri amat lemah. HR pusing 2 ekar turun naik n membersihkan bahagian yang touching wayar. Indikator bateri kembali ke bahagian hijau.
11. Khemah koyak n besi khemah patah disebabkan angin kuat. Wajib dibaiki secepat mungkin.
12. Kain turpulin biru di bahagian simpanan baja n alatan pertanian koyak disebabkan angin. Wajib dibaiki secepat mungkin.
.
Sambil HR buat semua tu HR fikir ada sebabnya. Allah nak beri HR jalani terapi fizikal ( kena potong rumput n bersihkan semula 2 ekar ni). Asbab rumput yang tinggi menyebabkan 78 anak pokok kelapa x mati kering berbanding 10 pokok kelapa yang terdedah sepenuhnya tanpa lalang disekitarnya. lalang jadi penahan semulajadi agar tanah x kering. Allahu Akbar!!!
.
Sebelum balik HR baiki electric fence di bahagian alur air n pusing keliling sekali lagi di bahagian luar pagar untuk nak cantas tumbuhan menyalar yang naik ke pagar.
.
HR selesai 12:10pm. x larat HR berhenti ambil nafas n minum air n makan cloud nine untuk xnak menggeletar tangan. Pelan pelan kayuh.
.
Aturan Allah itu amat cantik. Ada sebabnya kenapa HR teragak agak nak tanam benih durian 20 pokok. kalau tanam time tu memang berputih matalah mati kering anak pokok durian tu jika ditanam. Terima kasih ya Allah.
.
Alhamdulillahi ‘ala kulli hal.
.
HR wajib sihat!!!
HR wajib sihat!!!
HR wajib sihat!!!
HR wajib kuat!!!
.
Hafizal RamliCovid Survivor – stage 4 delta variant
Isnin. 16082021. 4:35pm
www.dusun.hr.com.my.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227679847560021&id=1182175370