Bismillah.17082021.selasa.09:40 pm
Terapi fizikal :
.
Pagi tadi HR dimaklumkan bahawa pihak PAIP akan memasang kepala meter di #DusunHR. Gembira sungguh dihati. Mana xnya HR mohon masuk air sejak april lalu. Kata pegawai yang nak pasang meter tu nanti akan sampai sebelum 12pm.
.
HR pun terfikir alang alang nak tunggu dia sampai HR nak uruskan terus perihal khemah yang koyak tu. Pergi ke kedai tapi katanya jenis khemah 10 x 20 kaki ni jarang ada stock. Kalau nak kena tempah. Paham pahamla kalau tempah harga memang mahal. x jadi HR nak tempah.
.
Terus HR terfikir n teringat cerita survival siri berapa ntah HR dah lupa. Makanya HR pun beli la 3 gulung plastik pembalut ( wrapping) n segulung plastik pagar hitam 90% kadar ketelusan. Harga dah naik plak wei.
.
Kita inovasi kasi sampai jadi peneduh baru khemah guna wrapping plactic. bijak bijak bijak HR..HR sampai #DusunHR 11am terus HR bersihkan bumbung khemah lama. ada la sampai 3 bulan dah reput. Pegawai berkenaan sampai selepas tu n terus pasang kepala meter. gumbira sungguh hati HR. Air bersih kini ada dalam #DusunHR.
.
HR cari buluh 2 batang n ikat jadikan alang tengah khemah. Kita balut dia. HR kerjakan khemah tu sampai ke petang. berhenti rehat, makan minum skit, solat n sambung lagi. Pelan pelan kayuh ikut kemampuan. Akhirnya siap juga walaupun sampai ke petang.
.
Matlamat wrapping khemah utamanya jangan masuk air n ada teduhan skit. Nanti dari masa ke semasa boleh wrapping n letak lagi peneduh tu.
.
HR wajib sihat!!!
HR wajib sihat!!!
HR wajib sihat!!!
HR wajib kuat!!!
.
Hafizal RamliCovid Survivor – stage 4 delta variant
Selasa. 17082021. 9:05pm
www.dusun.hr.com.my.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227688422934400&id=1182175370