Bismillah. Ahad. 12092021. 01:03pm
.
Cukup untuk hari ni. Dapat target satu pam 20 liter PRS foliar vitamin untuk daun tanaman.
.
Menanam pokok kari, batang ubi, daun kesum n pokok nangka madu.
.
Dapat menggembur tanah sekeliling anak pokok kelapa dalam 10 pokok.
.
X larat nak meracun sebab dah mula terik sinar mentari. Rumput tebal bahagian bawah dah mula mengering dek diracun tempohari. Nampaknya kalau dipotong ngan mesin rumput baru nampak kemas n sedap mata memandang. Ok la tu kita sambung di lain hari.
.
#PelanPemulihanDusunHRpascaKobit
.
Alhamdulillah’ala kulli hal
.
Hafizal Ramli
Ahad. 12092021. 12:30pm
www.dusun.hr.com.my



