Tanaman Kelapa Santan – Pelan Pemulihan #DusunHR

Bismillah. Jumaat. 17092021. 08:54pm
.
Cukup untuk petang ni di #DusunHR
.
Dapat 3 pam meracun tepi jalan sampai ke atas.
.
Dapat tanam daun kesum lagi kat area lembah kantan.
.
Dapat tanam 5 anak pokok kari berdekatan anak buluh lemang.
.
Dapat tanam 5 rumpun daun pandan berdekatan kolam.
.
Dapat cucuk 5 batang pokok moringga.
.
Azrid Azami : nampakkan perbezaan n kegunaan guni tempohari. Guni tu berjaya berfungsi sebagai pelindung matahari terik bawa ke petang. Tanam anak pokok nangka madu minggu lepas setakat ni tiada lagi daunnya gugur dek panas. Tu la fungsinya sampai dia berdikari sendiri.
.
Dia punya mengah turun naik bukit 6 kali pikul 20 liter air usah ceritalah…terkeluar air hidung…setiap kali selesai 1 pump, cepat cepat basuh n bersihkan tangan then minum air soya kotak seliter. Terus apply teknik pernafasan 5-5-10.
.
Ok la tu kita sambung di lain hari.
.

#PelanPemulihanDusunHRpascaKobit

.
Alhamdulillah’ala kulli hal
.
Hafizal Ramli
Jumaat. 17092021. 6:30pm
www.dusun.hr.com.my

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10227872657980161&show_text=true&width=500

This entry was posted in Dusun HR. Bookmark the permalink.