Bismillah.
.
Masuk #DusunHR lepas asar jam 4:35pm.
.
Selesai tengok laluan air keluar kolam.
.
Selesai menanam 2 anak pokok betik sponser pokok tuan ayie.
.
Selesai menanam 35 anak pokok cili akar yang dah lama disemai di rumah.
.
Kesemua pokok pokok ni HR tabur DoloPlus supaya pH tanah dalam keadaan baik n mempercepatkan tumbesar pokok pokok. Ditambah dengan cuaca hujan semoga cepat membesar.
.
Gembira melihat putik pucuk daun keluar dari pokok pokok petai, pokok pokok manggis masta n pokok pokok durian musang king. Pucuk baru pokok jering hutan pun dah keluar daun. HR baru je kenal pokok jering hutan ni. Ini sudah bagus tau.
.
Jalan masuk ke #DusunHR semakin bagus progress nya. Mantap sungguh rasa di hati.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Rabu. 031120212021. 5:30pm
www.dusun.hr.com.my
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228152871905334&id=1182175370
















