

Bismillah.
.
Selamat sampai 2 biji anak kelapa pandan wangi siam n 2 biji anak kelapa jeli.
.
Habis kerja terus ke #DusunHR n tanam terus kat lubang yang dah tersedia last week. Terus tabur DoloPlus keliling tanah nak pH cantik.
.
Air sungai dah cecah ke lantai jambatan laluan nak masuk ke kebun otang kampung n ke #DusunR. Orang kampung penuh kiri kanan memerhatikan air. Semoga semuanya selamat.
.
Hafizal Ramli
Selasa. 30082022. 7:00pm
Bismillah.
.
Habis kelas HR terus gerak n 6:15pm HR sampai ke #DusunHR. Nak sambung target semalam. Dapat buat semula 5 lubang anak pokok kelapa. HR nak nyulam mana yang mati dulu akibat banjir. Setiap lubang HR tabur 2kg DoloPlus n kasi peram jap sebelum letak anak pokok kelapa semula.
.
Dah petang sangat HR dapat cekup 2 genggam DoloPlus tabur keliling pokok kelapa. Dapat dalam 10 pokok. Hujan mulai renyai n HR berhenti 6:55pm.
.
Skit skit diusik lama lama terjaga kembali #DusunHR .
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Sabtu. 27082022. 8:10pm
www dusun.hr.com.my
Bismillah.
.
Petang lepas kelas HR bergegas ke #DusunHR nak tanam 5 anak pokok mempelam.
.
Nak cepat gali lubang HR pakai auger. tanah lembut terus masuk. Bubuh terus DoloPlus dalam n luar lubang.
.
Sikit sikit menanam lama lama ada hasil nak merasa di hari tua.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Jumaat. 26082022. 7:00pm
Bismillah.
.
Usai asar n usai kerja kat opis HR cepat cepat ke #DusunHR.
.
Dari pagi pagi lagi HR dah susun kat treler 10 anak pokok kelapa nak sulam semula, tanam anak pokok betik kat area signboard, nak tanam 10 anak pokok buah naga n nak tanam 5 anak pokok mempelam kat area bawah sebelah area stor sementara.
.
Alhamdulillah sempat tanam pokok buah naga n pokok betik. Hujan agaknya lebat tadi masa HR sampai dah kembali rintik.
.
Kerja menggali jadi mudah n cepat sebab tanah lembut.
.
Selesai 6:30pm n HR pun balik. Esok plak HR bercadang nak sulam anak pokok kelapa lepas habis kerja.
.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Hafizal Ramli
Khamis. 26082022. 10:30pm