Menghadiri Kursus Teknologi Tanaman Durian (sambungan) Tarikh : 24/8/2022 (Rabu)

Bismillah.

.

Alhamdulillah selesai HR mengikuti kursus Teknologi Tanaman Durian. Sepanjang 2 hari berkursus HR berjaya mencapai objektif kursus iaitu:

1. Kenal dunia durian n kaedah tanaman yang dicadangkan oleh jabatan pertanian.

2. kenal akan perosak tanaman n kaedah merawati. HR boleh lihat di SISMARP.

3. Lawatan di kebun contoh adalah bagus sebab teori dipraktikkan secara depan mata.

4. Paling utama HR berjaya amali cantuman tunas kaedah sisi n kaedah baji.

.

Insyaallah apa yang HR pelajari dalam kursus ini akan HR aplikasikan dalam #DusunHR

.

Terima kasih daun keladi Pusat Latihan Pertanian Pintu Padang Raub & Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

.

x sabar nak ikuti kursus pertanian lain di masa depan.

.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

.

Hafizal Ramli

23082022. Rabu. 8:00pm

www.dusun.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Menghadiri Kursus Teknologi Tanaman Durian (sambungan) Tarikh : 24/8/2022 (Rabu)

Menghadiri kursus teknologi tanaman durian di Pusat Latihan Pertanian Pintu Padang Raub Tarikh : 23/8/2022 (Selasa)

Bismillah.

.

Hadir ke Kursus Teknologi Tanaman Durian di Pusat Latihan Pertanian Pintu Padang Raub 23 n 24 Ogos 2022.

.

Hari ni n esok HR jadi peserta nak menimba ilmu skit berkaitan tanaman durian. Esok khabarnya ada praktikal nyulam / cantum benih ke pokok menanti. Itu yang HR nak belajar.

.

Datang awal daftar awal n HR nak duduk meja paling depan.

.

Dengan nama Allah semoga HR mendapat ilmu yang bermanfaat daripada kursus ini. Amin.

.

Hafizal Ramli

Selasa. 22082022. 9:00am

www.dusun.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Menghadiri kursus teknologi tanaman durian di Pusat Latihan Pertanian Pintu Padang Raub Tarikh : 23/8/2022 (Selasa)

Membersihkan sekeliling lembah kantan dalam Dusun HR Tarikh : 21/8/2022 (Ahad)

Bismillah.

.

Berhenti motong rumput tepat 12pm. 3 round minyak mesin rumput habis. Ada seekar lagi nanti HR potong rumput keliling pokok kelapa bila ada ada masa.

.

Gumbira betul di hati bila mana HR bersihkan sekeling lembah kantan dalam #DusunHR. 41 pokok kantan dari 50 anak pokok kantan yang HR tanam dulu hidup. 39 tumbuh subur. Dah bersihkan semak baru nampak. Selebihnya faktor tanah ada lambat skit tumbesaran pokok kantan..xpe HR akan tabur DoloPlus semula.

.

Juga gumbira lihat tumbesaran anak anak pokok kelapa. Bahagian bawah sebelah kolam ikan molek skit berbanding bahagian atas bukit. 2 faktor dikenalpasti ialah air n pH tanah. Nanti HR tabur keliling dengan DoloPlus n nak buat sistem perairan semula. Tengah mikir guna kaedah solar untuk mesin water pump nanti.

.

Gumbira juga lihat hidup gak sebatang nangka madu. Ingat dah mati lemas masa banjir awal tahun dulu. Selesai HR bersihkan semua nanti HR akan buat inventori semula pokok pokok mana yang tinggal n survive selepas tenggelam dek banjir lalu.

.

Nak balik dah. Sebelum balik nanti bercadang nak singgah jumpa Buna jiran tanah nun jauh ke dalam skit.

.

Hafizal Ramli

Ahad. 21082022. 12:15pm

www.dusun.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Membersihkan sekeliling lembah kantan dalam Dusun HR Tarikh : 21/8/2022 (Ahad)

Bersihkan keliling anak kelapa dengan mesin rumput di Dusun HR Tarikh : 20/8/2022 (Sabtu)

Bismillah.

.

Usai asar HR terus ke #DusunHR. Ingat nak sambung bersihkan keliling anak kelapa dengan mesin rumput.

.

Dalam perjalanan hujan lebat mencurah curah. Sesampai ke #DusunHR tengok tengok air laju masuk dalam kolam. Barulah HR nampak camna rupa air laju cenggitu. Baru nampak nak adjust buat longkang pakai cangkul untuk alihkan aliran. Esok pagi lah buat.

.

Hafizal Ramli

Sabtu. 20082022.6pm

www.dusun.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Bersihkan keliling anak kelapa dengan mesin rumput di Dusun HR Tarikh : 20/8/2022 (Sabtu)

Pemberian papan tanda Dusun HR dari Puan Rohana pegawai pertanian temerloh Tarikh : 4/8/2022 (Khamis)

Bismillah n alhamdulillah.

.

Terima kasih daun keladi Puan Rohana pegawai pertanian Temerloh yang menjaga kawasan Jenderak di atas pemberian papan tanda #DusunHR.

.

Ada naik skit semangat HR untuk lebih kerap nak luangkan masa kat sini.

.

Tadi sementara tunggu papan tanda ni dipacak HR sempat selesai meracun luar dalam pagar untuk nak elakkan rumput panjang kena wayar pagar elektrik. Nanti kang habis bateri kalau kena wayar.

.

Sedang mencongak nak sulam semula anak pokok durian, anak pokok kelapa dll yang mati tenggelam dek banjir tempohari.

.

Target HR untuk makan hasil tanaman kelapa SGG 2026, durian musang king tekka ioi n D24 tahun 2030, rambutan manggis langsat nangka madu ciku sukun dll 2028.

.

Kena tanam pastu jaga baja n air memolek.

.

Projek ternakan ikan HR hod dulu. pelan pelan kayuh semula.

.

Dusun HR

Khamis. 04082022. 12:35pm

www.dusun.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Pemberian papan tanda Dusun HR dari Puan Rohana pegawai pertanian temerloh Tarikh : 4/8/2022 (Khamis)