Tanaman Kelapa Santan

Bismillah.17082021.selasa.09:40 pm

Terapi fizikal :

.

Pagi tadi HR dimaklumkan bahawa pihak PAIP akan memasang kepala meter di #DusunHR. Gembira sungguh dihati. Mana xnya HR mohon masuk air sejak april lalu. Kata pegawai yang nak pasang meter tu nanti akan sampai sebelum 12pm.

.

HR pun terfikir alang alang nak tunggu dia sampai HR nak uruskan terus perihal khemah yang koyak tu. Pergi ke kedai tapi katanya jenis khemah 10 x 20 kaki ni jarang ada stock. Kalau nak kena tempah. Paham pahamla kalau tempah harga memang mahal. x jadi HR nak tempah.

.

Terus HR terfikir n teringat cerita survival siri berapa ntah HR dah lupa. Makanya HR pun beli la 3 gulung plastik pembalut ( wrapping) n segulung plastik pagar hitam 90% kadar ketelusan. Harga dah naik plak wei.

.

Kita inovasi kasi sampai jadi peneduh baru khemah guna wrapping plactic. bijak bijak bijak HR..HR sampai #DusunHR 11am terus HR bersihkan bumbung khemah lama. ada la sampai 3 bulan dah reput. Pegawai berkenaan sampai selepas tu n terus pasang kepala meter. gumbira sungguh hati HR. Air bersih kini ada dalam #DusunHR.

.

HR cari buluh 2 batang n ikat jadikan alang tengah khemah. Kita balut dia. HR kerjakan khemah tu sampai ke petang. berhenti rehat, makan minum skit, solat n sambung lagi. Pelan pelan kayuh ikut kemampuan. Akhirnya siap juga walaupun sampai ke petang.

.

Matlamat wrapping khemah utamanya jangan masuk air n ada teduhan skit. Nanti dari masa ke semasa boleh wrapping n letak lagi peneduh tu.

.

HR wajib sihat!!!

HR wajib sihat!!!

HR wajib sihat!!!

HR wajib kuat!!!

.

Hafizal RamliCovid Survivor – stage 4 delta variant

Selasa. 17082021. 9:05pm

www.dusun.hr.com.my.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227688422934400&id=1182175370

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan

Tanaman Kelapa Santan

Bismillah. 16082021. Isnin. 5.01pm.

Terapi fizikal n terapi minda :

.

Dari malam semalam HR fikir fikir fikir akhirnya sampai juga HR ke #DusunHR jam 10am. .6 minggu HR x kemari. Last 11 Julai baiki pagar dulu.

.

Sebaik sahaja HR sampai HR terus terduduk n tanamkan kat minda ni supaya jadi positif pemikirannya. Nampaknya HR kena bermula semula.

.

Dikhabarkan dah lebih sebulan kawasan di #DusunHR x berhujan. Maka tanaman dalam #DusunHR terkesan. Almaklumlah baru tanam pada jun yang lalu. Akar pun tarak lagi. Kebiasaannya HR akan siram seminggu minimum 2 kali. Namun lebih sebulan x minum (x hujan). Mati keringlah tanaman HR.

.

Hasil pemerhatian HR, kesan x jenguk selama 6 minggu (musim panas berdengung sekarang agaknya) :

1. x kurang 10 kelapa pertumbuhannya x bagus n wajib diganti. Yang lain 78 pokok kelapa wajib letak DoloPlus n PRS vitamin sembur.

2. 26 benih kantan mati kering. Hanya 24 bertunas. HR tanam tempohari 50 benih kantan.

3. 1 benih buluh lemang ( buluh telur) mati kering. 1 lagi x dapat tengok sebab lalang tebal. Harap selamatlah.

4. anak pokok asam gelugor mati kering.

5. anak pokok daun seliuh mati kering.

6. 2 pokok terung segan segan nak hidup. wajib diselamatkan.

7. 1 pokok cili segan segan nak hidup. Wajib diselamatkan.8. tumbesar 4 rumpun serai terbantut. wajib diselamatkan.

9. Agaknya ada hujan lebat sekali awal julai lalu menyebabkan wayar elektrik untuk cegah babi n monyet masuk melalui alur air tu terputus n x boleh digunakan lagi. wajib baiki terus agar babi n monyet x masuk dalam #DusunHR melalui alur air tu.

10. Sistem pagar elektrik lemah disebabkan lalang n pokok menyalar namanya pokok leletup telah touching n membelit wayar elektrik bahagian bawah. arus jadi bocor n bateri amat lemah. HR pusing 2 ekar turun naik n membersihkan bahagian yang touching wayar. Indikator bateri kembali ke bahagian hijau.

11. Khemah koyak n besi khemah patah disebabkan angin kuat. Wajib dibaiki secepat mungkin.

12. Kain turpulin biru di bahagian simpanan baja n alatan pertanian koyak disebabkan angin. Wajib dibaiki secepat mungkin.

.

Sambil HR buat semua tu HR fikir ada sebabnya. Allah nak beri HR jalani terapi fizikal ( kena potong rumput n bersihkan semula 2 ekar ni). Asbab rumput yang tinggi menyebabkan 78 anak pokok kelapa x mati kering berbanding 10 pokok kelapa yang terdedah sepenuhnya tanpa lalang disekitarnya. lalang jadi penahan semulajadi agar tanah x kering. Allahu Akbar!!!

.

Sebelum balik HR baiki electric fence di bahagian alur air n pusing keliling sekali lagi di bahagian luar pagar untuk nak cantas tumbuhan menyalar yang naik ke pagar.

.

HR selesai 12:10pm. x larat HR berhenti ambil nafas n minum air n makan cloud nine untuk xnak menggeletar tangan. Pelan pelan kayuh.

.

Aturan Allah itu amat cantik. Ada sebabnya kenapa HR teragak agak nak tanam benih durian 20 pokok. kalau tanam time tu memang berputih matalah mati kering anak pokok durian tu jika ditanam. Terima kasih ya Allah.

.

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal.

.

HR wajib sihat!!!

HR wajib sihat!!!

HR wajib sihat!!!

HR wajib kuat!!!

.

Hafizal RamliCovid Survivor – stage 4 delta variant

Isnin. 16082021. 4:35pm

www.dusun.hr.com.my.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227679847560021&id=1182175370

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan

Tanaman Kelapa Santan

Bismillah. 11072021.Ahad. 730am.

.

Wajib menyelenggara pagar bahagian kolam ni dah sebab tanah tambak mulai skit skit bergerak. HR kena pasak juga bahagian luar nanti supaya tanah x bergerak.

.

Angkut C channel ukur n tepek kat 6 tiang agar ada kekuatan x bergerak tiang n memegang antara satu sama lain. Cuma kali ni xde simen maka guna kaedah kontegensi patahkan bahagian hujung n letak batu sebagai achor n pasak tanah kuat kuat. Semoga bertahan hendaknya.

.

Mahal ooooo c channel ni sekarang sebatang 20 kaki rm39.00. Mac lalu sebatang hanya rm29.00

.

www.dusun.hr.com.my

.

#DusunOrganikHR

#TanamanKelapaSantan

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10227428397153918&show_text=true&width=500

May be an image of outdoors
May be an image of outdoors
May be an image of tree and body of water

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan

Tanaman Kelapa Santan

Bismillah. 04072021.Ahad. 12.05pm.

.

Masa nak balik lalu jap tengok rodong tu sedang tegakkan tiang pintu pagar. Terus pergi rumah dia nak ambil semula treler sebab tiang pagar c channel biru tu letak kat rumah dia. masa dia punggah turun HR terus ke #DusunHR. Nak balik baru cangkuk semula.

.

Tahniah mantap hebat!!!

.

www.dusun.hr.com.my

.

#DusunOrganikHR

#TanamanKelapaSantan

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10227383375708410&show_text=true&width=500

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan

Tanaman Kelapa Santan

Bismillah. 04072021.Ahad. 11.30am.

.

Masa nak balik tengok cili penuh kat pokok n dah masak sangat. biarlah dia tua sendiri pastu jatuh boleh ada anak cili lagi. Lagipun kat rumah masih banyak lagi cili ni.

.

www.dusun.hr.com.my

.

#DusunOrganikHR

#TanamanKelapaSantan

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FHafizalRamli%2Fposts%2F10227383360188022&show_text=true&width=500

May be an image of outdoors

Posted in Dusun HR | Comments Off on Tanaman Kelapa Santan