Bismillah. 27052021. khamis. 12.30pm. . Proses perjalanan dari rumah ke #DusunHR yang menjadi perhatian utama HR kini. . Kuatir patah pangkal, daun rosak dalam perjalanan ke sana. Xde cara lain kecuali HR tutup trailer dengan kanvas agar daun x rosak n tiada pergerakan sangat sesama benih. . Semoga dipermudahkan akan segala urusan olehNya. Amin. . www.dusun.hr.com.my
Bismillah. 27052021. khamis. 12.05pm. . Selesai masukkan 100 benih kelapa sgg dalam trailer. HR letak dulu bawah garaj supaya x melecur panas sebab trailer tu kan besi. Dah petang nanti baru tutup trailer dengan kanvas. Bagi benih benih ni bernafas. . Ada dua benih kelapa istimewa mak ayah beri kat HR. patutnya mak ayah yang tanam kat #DusunHR namun x boleh rentas daerah. Xpe bila tiba masanya nanti sampailah mereka ke #DusunHR. HR wajib dapat restu n barakoh tangan mak ayah nanti. x kisah lah pokok apa nanti asalkan mak ayah tanam. Begitu juga patutnya ada yang ditanam oleh anak bini HR namun x boleh hadir sekereta sebab kobit. xpe lain hari ada peluang mereka menanam dengan tangan sendiri. . Statistik benih kelapa sgg : 5 kecundang x hidup. 2 bantut. 5 hilang diambil orang. . Ada spare benih kelapa untuk standby menyulam kot ada yang terjadi apa apa nanti. HR ada tanya nursery kalau tinggi 5 kaki camni benih sgg HR sekarang orang jual minimum rm50 sebatang. Dulu HR beli tinggi sekaki setengah rm20 beli bundle 150 biji. Itu pun lama booking baru dapat. . Inilah gunanya ada trailer untuk kegunaan #DusunHR. Sonang koje HR nak ngangkut apa apa barang. Nak pakai cangkuk je kat belakang kembara. . www.dusun.hr.com.my
Bismillah. 27052021. Khamis. 7.15am. . HR bermonolog. Mula usahakan #DusunHR : . 30032021 hingga 27052021 : 57 hari tanpa henti. Dari hutan banat transform menjadi kawasan sesuai untuk #DusunHR. Dari kulit sawo matang menjadi gelap dek terbakar sinaran mentari. Dari 80kg menjadi 75kg berat badan HR kini. . Pelaburan tunai + masa uruskan #DusunHR ini bukan sikit skit. Ada jadual perancangan hanya ikut pelan step by step. Suka duka & air mata tumpah ke bumi hanya isteri tercinta sahaja yang tahu. . Jumaat yang barokah penghulu segala hari : masa untuk menanam benih benih anak anak pokok dalam #DusunHR. . www.dusun.hr.com.my
Bismillah. 24052021. Isnin. 3.30pm. . Selesai pemasangan energizer untuk pagar elektrik. Terima kasih diucapkan kepada tokey besi tuan Ayie kerana buat perumah/sangkar untuk energizer tu kukuh, kemas, fit n bling bling. HR pakai stainless steel supaya x berkarat. . Nanti HR cerita lanjut berkenaan energizer @ ibu api pagar elektrik. . Semua barang besi kat #DusunHR ini adalah hasil tangan tuan ayie. Tiang pagar, pintu pagar n perumah energizer semua hasil tangan beliau. Berkualiti hasil tangannya. Sesapa nak order pagar n pintu pagar kebun, HR boleh beri no tel dia nanti ya. Anda deal sendiri ngan tuan ayie. . Step seterusnya membeli barang barang untuk pemasangan pagar elektrik iaitu : wayar 2.5mm , conduit n cooper rod 2 batang. Cukup dah tu. Tu la kelebihan jenis energizer yang HR beli. Set ni datang dah dengan built all in one. just plug n play je. xyah nak mikir barang berasingan seperti energizer (kapasiti output joules..?), solar panel, solar control, bateri, wayar, box simpanan untuk semua item tu. Pastu fening fening kepala nak pasang silap silap short circuit confirmed hilang waranti barang. . Sapa nak belajar step by step pemasangan pagar elektrik gaya HR study case: Dusun HR, bolehlah hubungi HR. Max 2 orang sahaja. Kita kongsi sama sama A to Z cara pemasangan jenis set ini. Nanti balik anda boleh buat sendiri pemasangan di dusun/kebun anda. Dah jimat besar. . Syarat:
Jumpa kat #DusunHR paling lewat 8.30am. Sebab nak mula awal xde la matahari dah terpacak atas kepala. HR sampai kat #DusunHR pun kebiasaannya 730am.
Pakai kasut kebun sendiri, topi kebun sendiri.
Bersedia untuk menyangkul tanah untuk tanam conduit dari enegizer ke pagar.
Bawa bekalan air minum sendiri. . Pengerasnya: Nasi lemak 2 bungkus + air milo 2 bungkus + buka gulungan paip hdpe dengan betul supaya x patah + tenaga tanpa dalih . Jangkaan Rabu pagi HR nak mula. Siap cepat balik cepat. HR nak stay lagi time tu. . www.dusun.hr.com.my