Sesi menyantuni mangsa banjir di kawasan Chegar Medang Bentong Tarikh : 21/12/21

Bismillah.

.

Seharian HR di rumah Paklong. Rumahnya di kawasan Chegar Medang Bentong ni tenggelam air lebih dari bumbung. Senang cerita masa banjir tu nampak bumbung je. Semua kawasan perumahan di sini status total lost termasuk kenderaan. Semuanya tenggelam habis.

.

Lumpur usah ceritalah tebalnya. Sewaktu HR sampai HR awal awal nampak syiling kat dapur tu macam berat n Paklong n Maklong sedang membersihkan lumpur dibawahnya. HR cakap bahaya ni. HR minta kayu ke apa ke Paklong bagi skop. HR hentak je gugur syiling syiling tu dengan lumpur n air lumpur. Mujurlah kami xde apa apa.

.

Elektrik masih xde n air paip amat kecil. Nak basuh rumah nampak mustahil dengan aliran begitu.

.

HR cari barang waterPump berenjin sampai raub. Beli terus bawak semula ke rumah Paklong. Dah ada waterpump berenjin ni baru mudah skit nak bersihkan lumpur dalam rumah.

.

HR bersihkan dulu DB box n beberapa plug. Nanti dah kering senanglah TNB nak nilaikan samada boleh on atau x elektrik kat rumah ni.

.

Takat tu je yang HR boleh tolong.

.

Berkenaan di Temerloh plak, semua staff HR bersama keluarga masing masing selamat dipindahkan ke pusat penempatan sementara banjir. Maaf HR x dapat jenguk korang sebab keadaan air masih trend menaik n x lepas ke sana.

.

Kolam dalam #DusunHR semakin melebar. pecah dek hakisan air. Sabar je lah. Dah reda reda n boleh akses masuk baru HR jenguk.

.

Semua petrol 95 n 97 kat Raub n Bentong dah habis. Lori minyak x sampai sebab x lepas dek banjir.

.

Bersabar sahaja.

.

La haula wala quata’illa billah.

.

Hafizal Ramli

Selasa. 21122021. 7:35pm

Banjir awal tahun n banjir akhir tahun 2021.

Posted in Dusun HR | Comments Off on Sesi menyantuni mangsa banjir di kawasan Chegar Medang Bentong Tarikh : 21/12/21

Setiap ujian pembawa rahmat/rezeki : Jalan masuk ke Dusun HR ditelenggami air (banjir) 18/12/21 (Sabtu)

Bismillah.

.

HR dimaklumkan oleh kawan namanya Buna bahawa jalan masuk ke #DusunHR telah tenggelam sepenuhnya terutama dekat jambatan. Hapus x nampak jambatan dah. Boleh lihat entri video pada khamis lepas jalan masuk ke #DusunHR.

.

HR berfikiran positif menyatakan dalam minda bahawa kolam dalam #DusunHR akan pecah dek x mampu lagi menanggung aliran air. HR jangkaan bahagian paling lemah ini akan besar lagi dihakis oleh air. Gambar dibawah tu lah bahagian paling lemah n HR dah jangkaan akan berlaku lagi hakisan di bahagian itu. Gambar ini diambil pada khamis lalu. boleh dijadikan perbandingan sebelum n selepas banjir nanti.

.

Ini pertama kali HR akan lalui perkara banjir ni sejak buka #DusunHR.

.

xpe xpe biarkan alam semulajadi buat apa yang sepatutnya. Lepas banjir n bila air dah surut HR boleh nilaikan tahap kerosakan hakisan tu nanti.

.

Fikir positif hasil pasti positif. Allah dah atur. ada hikmah-Nya.

.

La haula wala quata’illa billah.

.

Hafizal Ramli

18122021. Sabtu. 7:45pm

www.dusun.hr.com.my

___________________________

*UPDATE PARAS AIR SUNGAI UTAMA TERKINI BAGI DAERAH TEMERLOH*

Tarikh : 18/12/2021 @ 2000hrs

*TEMERLOH*

1) Sungai Pahang @ Stesen Lubuk Pasu

Paras Air Semasa : *30.71 meter* ( *WASPADA* )/ *menaik*

Normal : 26.00meter

Waspada : 29.00meter

Amaran : 31.00meter

Bahaya : 33.00meter

2) Sungai Pahang @ Stesen Kuala Krau

Paras Air Semasa : *40.79 meter* ( *BAHAYA* )/ *menaik*

Normal : 34.50meter

Waspada : 36.50meter

Amaran : 38.50meter

Bahaya : 40.00meter

3) Sungai Semantan @ Stesen Kg Mempateh

Paras Air Semasa : *43.39 meter* ( *NORMAL* )/ *menaik*

Normal : 41.00meter

Waspada : 43.50meter

Amaran : 45.00meter

Bahaya : 46.00meter

4) Sungai Semantan @ Stesen Jambatan Keretapi Mentakab

Paras Air Semasa :

*33.40 meter* ( *NORMAL* )/ last update 1545hrs

Normal : 31.50meter

Waspada : 33.50meter

Amaran : 35.50meter

Bahaya : 37.00meter

*JERANTUT*

1) Sungai Tembeling @ Stesen Kuala Tahan

Paras Air Semasa : *66.71 meter* ( *AMARAN* )/ *menaik*

Normal : 60.00meter

Waspada : 64.00meter

Amaran : 66.00meter

Bahaya : 68.00meter

2) Sungai Pahang @ Stesen Sg. Yap

Paras Air Semasa : *52.50 meter* ( *BAHAYA* )/ *menaik*

Normal : 44.00meter

Waspada : 48.00meter

Amaran : 50.00meter

Bahaya : 52.00meter

*LIPIS*

1) Sungai Jelai @ Jeram Bungor

Paras Air Semasa : – *61.25 meter* ( *AMARAN* )/ *menaik*

Normal : 55.00meter

Waspada : 58.00meter

Amaran : 60.00meter

Bahaya : 62.00meter

*Bacaan hujan bermula 18/12/2021 – 12.00am*

*Temerloh*

Stesen Lubuk Pasu – 27.0 mm

Stesen Kg Lengkong – Tiada bacaan

*Jerantut*

Stesen Kuala Tahan – 45.0 mm

Stesen Kg Bantal – Tiada bacaan

Stesen Sg. Yap – 99.0 mm

*Lipis*

Stesen Jeram Bungor – 0.0 mm

Sumber:

Jabatan Pengairan Dan Saliran

Daerah Temerloh

Posted in Dusun HR | Comments Off on Setiap ujian pembawa rahmat/rezeki : Jalan masuk ke Dusun HR ditelenggami air (banjir) 18/12/21 (Sabtu)

Berbakti pada tanah,sayangi tanamanku : Sesi menanam pokok tarap, sulam pokok durian, tanam benih labu Tarikh : 16/12/21 (Khamis)

Bismillah.

.

Selesai menanam pokok tarap, sulam pokok durian, tanam benih labu.

.

Jalan masuk ke #DusunHR dah cantik. Maka secara rasminya kereta dah boleh masuk terus ke dalam #DusunHR.

.

Perancangan seterusnya sementara nak tunggu siap jalan ni HR kena bersedia nak buat bangunan dalam #DusunHR. Salah satu syarat wajib nak apply TNB. Kena noreh kuat kuat lagi. xpe pelan pelan kayuh.

.

Alhamdulillah’ala kulli hal.

.

Hafizal Ramli

Khamis. 16122021. 12.55pm

www.hr.com.my

Posted in Uncategorized | Comments Off on Berbakti pada tanah,sayangi tanamanku : Sesi menanam pokok tarap, sulam pokok durian, tanam benih labu Tarikh : 16/12/21 (Khamis)

Melawat kawasan disekitar tasik Dusun HR 03/12/21(Jumaat)

Bismillah.

.

Jenguk jap kolam kat #DusunHR. Selesai baiki bahagian air keluar.

.

Selesai menanam benih labu 15 lubang. setiap lubang HR letak 5 biji benih labu. Setiap lubang juga HR letak 1kg DoloPlus untuk treatment pH tanah. Semoga hidup n membesar dengan baik jadi pokok menjalar labu manis.

.

Betik hidup sebatang. sebatang lagi kena ketam ngan binatang agaknya. tinggal tangkai je tadi. xpe kita tanam lagi. sepokok betik.

.

Benih watermelon kuning dah bercambah. Jenis menjalar juga. alhamdulillah.

.

Benih pokok peria pahit juga bercambah. jenis pokok memanjat ni HR tanam sebelah pagar dalam. alhamdulillah.

.

Pokok ciku ada keluar buah sebiji. aikk… cepat plak keluar buah. Bersabarlah sayang.

.

Pokok petai semakin merimbun. alhamdulillah.

.

Semua tanaman dalam #DusunHR dapat zat dari DoloPlus. Bagus untuk meneutralkan tanah. Tanah bagus pokok membesar dengan sihat ditambah cukup air di musim hujan ni.

.

Bagus musim hujan ni semua benih tumbuh dengan baik

.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

.

Hafizal Ramli

Jumaat. 03122021. 6:30pm

www.dusun.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Melawat kawasan disekitar tasik Dusun HR 03/12/21(Jumaat)

Kursus Kad Hijau Bersemuka – 29/10/2022

Posted in Galeri | Comments Off on Kursus Kad Hijau Bersemuka – 29/10/2022