Melawat dusun HR: Ambil tahu tentang keadaan terkini di dusun HR Tarikh : 20/2/2022 (Ahad)

Bismillah.

.

Lepas subuh pagi pagi HR ke #DusunHR. Dah lama x jenguk sejak kena banjir.

.

Pusing pusing ambil semangat semula. Kena pelan semula nak jadikan #DusunHR ni ikut perancangan. Jauh dah tersasar.

.

HR kena bawa balik ke atas landasan pelan perancangan #DusunHR ni.

.

Mana mana pokok yang telah tenggelam lebih 10 hari tu memang mati lemas. 25 anak pokok musing king hanya tinggal 2 pokok je yang hidup.

.

Kolam pecah menyebabkan anak ikan keli 10 ribu ekor keluar bebas. Kena fikir last projek akan buat sangkar. Yang ni sapa nak jadi partner projek ikan keli sangkar dalam kolam mengalir amat amat dialu alukan.

.

Semangat HR naik bila lihat pagar elektrik sistem solar berjalan 24 jam tanpa gagal sejak dipasang pada mei 2021 lepas. Hanya short sewaktu pagar terendam dek banjir. Mujur Ibu elektrik HR letak di tempat tinggi. Tiada babi n monyet n kerbau yang berjaya masuk setakat ini. Betul betul berkesan sistem pagar elektrik ni.

.

HR juga naik semangat bila terkenang susah payah HR nak jadikan #DusunHR seperti mana dilihat sekarang. Jalan dah cantik sampai pintu depan. kereta menjalar boleh masuk ke sini tanpa masalah dah. #DusunHR dah jadi tanah nombor satu gamaknya.

.

#HRBinaSemula2022

.

Hafizal Ramli

Ahad. 10022022. 9:30am

www.dusus.hr.com.my

Posted in Dusun HR | Comments Off on Melawat dusun HR: Ambil tahu tentang keadaan terkini di dusun HR Tarikh : 20/2/2022 (Ahad)

Ramalan kaji cuaca air di pahang : Perkembangan terkini keadaan air di Dusun HR Tarikh : 2/1/2022

Bismillah.

.

Mendapat khabar air dah mula cecah jambatan masuk semula ke #DusunHR.

.

Berita thari juga baru cakap sebentar tadi air akan naik ke aras merbahaya.

.

Pasrah n menerima seadanya jika banjir kali ke dua.

.

La haula wala quata’illa billah.

.

Hafizal Ramli

Ahad. 02012022. 12:20pm

Posted in Uncategorized | Comments Off on Ramalan kaji cuaca air di pahang : Perkembangan terkini keadaan air di Dusun HR Tarikh : 2/1/2022

Membaiki tempat pecah kolam dek banjir Tarikh : 11/1/2022 (Selasa)

Bismillah.

.

Sepetang di #DusunHR.

.

Membaiki tempat pecah kolam dek banjir tempohari. Letak pagar elektrik kuatir babi n monyet jumpa jalan masuk melalui lubang tu. Besarnya selebar 7 kaki n setinggi 4 kaki. Terhakis dek banjir. Dapat power 5.7 dengan kekuatan 3 joule ok sangat dah. kalau kena ngan babi n monyet pasti menyesal. Kita ikhtiar cara ini. Letak dulu untuk sementara pagar elektrik dalam lubang tu.

.

Selesai letak pagar elektrik dalam lubang tu terus baiki kain nett agar kembali rapat. HR ikat ngan cable tie.

.

Aktiviti ini juga adalah terapi minda HR. Monoloq HR petang ni :

.

#DusunHR ni HR bangunkan dengan kudrat sensorang. Bisnes HR juga begitu. Semua dulu HR mula dengan sensorang nak bangunkan apa yang ada sekarang. Orang yang kenal HR tahu HR ni workaholic orangnya.

.

Kekuatan dalaman HR untuk kental dalam dunia bisnez ni adalah dari doa mak ayah isteri anak anak. Dulu HR ada doa mustajab dari arwan wan chemomoi. Masih terngiang-ngiang kat telinga HR ni bila kami bercerita pasal kerja HR. Berborak tepi beranda rumah ngan arwah atok juga. Pesan arwah wan kerja biar jujur, amanah, bertanggungjawab n ikhlas. Gaji yang diperoleh biar betul betul bersih n halal buat makan anak bini.

.

Terfikir juga betul apa orang orangan kata : orangan hanya tau n nampak dengan bijik mata dia apa yang ada sekarang , tapi orangan x tau kisah mula susah senang nak dapat apa yang ada sekarang. Sekarang umpama HR bangunkan #DusunHR dari mula sampai sekarang camtulah HR bangunkan bisnes HR ni. Lihat n baca setiap entri berkenaan #DusunHR semoga orangan tahu setiap yang berlaku tu ada cabarannya.

.

Lagi satu berkenaan hal pinjam meminjam duit. Dulu dulu HR beri pinjam tanpa syarat berpegang janji mulut manis bahawa akan dibayar balik sekian sekian sekian tempohnya. Namun sehingga kini bertahun sepi. Apabila tiba keadaan yang memerlukan perbelanjaan luar jangka HR contact balik orangan orangan ni cakap nak balik duit HR yang dipinjamkan tu beribu macam alasan yang x sepatutnya. Maka mulai saat ni HR berikrar akan melihat balik hal nak beri pinjam duit ni sedalam dalamnya. Bukan kedekut namun HR telah belajar dari pengalaman ini.

.

Isteri tercinta HR yang paling tahu tentang diri HR. ‘Power of sense’ isteri x boleh dinafikan. Dia tahu apa yang HR sedang hadapi saat ini.

.

Fokus fokus fokus!!! HR nak bagi semangat kat diri ni….#HRBinaSemula2022

.

Alhamdulillah’ala kulli hal.

.

Hafizal Ramli

Selasa. 11012022. 6:45pm

www.dusun.hr.com.my

Posted in Uncategorized | Comments Off on Membaiki tempat pecah kolam dek banjir Tarikh : 11/1/2022 (Selasa)

Mengetahui perkembangan dan keadaan di dusun HR : Lawatan ke Dusun HR tarikh: 1/2/2022

Bismillah.

.

Dah lama x jenguk #DusunHR. Mencari ketenangan dengan hanya datang jenguk & mendengar kicauan burung, kokok ayam hutan & kuak sang kerbau.

.

Mencari kekuatan dalaman untuk nak bangunkan semula #DusunHR akibat ditimpa musibah banjir besar.

.

Pelan pelan kita bangkit semula.

.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

.

#HRBinaSemula2022

Posted in Uncategorized | Comments Off on Mengetahui perkembangan dan keadaan di dusun HR : Lawatan ke Dusun HR tarikh: 1/2/2022

Situasi perkembangan terkini di dusun HR Tarikh : 29/12/21

Bismillah.

.

Dah 5 hari HR x tulis FB.

.

Pagi tadi HR berjaya masuk ke #DusunHR.

.

Kesan air tinggi kat pokok sepanjang perjalanan masuk. Memang tinggi air banjir ni. x kurang 7 kaki tingginya. tenggelam terus kolam kolam dalam #DusunHR.

.

Sesampai je kat #DusunHR, HR terus menilai kerosakan akibat bencana banjir ni. Apa yang HR dapati :

– 10 batang pagar tercabut, beralih dek hakisan n daya tujahan banjir. HR tegakkan n topang untuk sementara dulu nak elak dimasuki kerbau n babi n monyet.

– kawat duri n kabel elektrik putus. HR sambung sementara mana yang boleh dulu. HR juga offkan dulu ibu elektrik supaya boleh di charge oleh matahari semula.

– kolam pecah n jadi longkang sebesar n selebar 8 kaki. Penyebab air melimpah n anak anak ikan hilang. Yang ni HR perhatikan sahaja dulu. Harap babi n monyet x masuk ikut lubang ni.

– jalan dalam #DusunHR yang ada batu crushrun telah terhakis. boleh tahan juga alur hakisan.

– 20 rizom kantan mati terendam.

– 50 anak pokok cili mati terendam.

– 2 anak pokok matoa mati terendam.

– 2 anak pokok tarap hilang tanpa dikesan.

– 1 anak pokok nangka madu mati terendam.

– pokok labu yang baru ditanam hilang tanpa dikesan.

– tanaman daun kesum mati terendam n berlumpur.

– 26 pokok kelapa terendam n diselaputi lumpur. Kena bersihkan cepat cepat ni agar pokok pokok kelapa boleh bernafas semula.

.

Selesai melihat situasi HR terus menghubungi pejabat pertanian daerah. Setelah bertelefon, ada step isi borang bencana. HR terus ke pejabat pertanian n pejabat perikanan untuk nak dapatkan info berkaitan bantuan bencana.

.

Tadi berita kabo akan hujan semula jumaat ni. Ramalan kajicuaca.

.

Tu je lah HR nak kabo. Bagi masa HR bertenang dulu ya.

.

Pelan pelan kayuh. #DusunHR akan bangkit semula.

.

La haula wala quata’illa billah.

.

Hafizal Ramli

29122021. Rabu. 8:30pm

www.dusun.hr.com.my

.

Posted in Dusun HR | Comments Off on Situasi perkembangan terkini di dusun HR Tarikh : 29/12/21